CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1696|Reply: 0

Tetap optimis kemampuan pemain

[Copy link]
Post time 18-2-2015 09:09 AM | Show all posts |Read mode


                            'USAH gentar dan terlalu merendah diri', itu nasihat pengendali Kuantan FA, Aminuddin Husin terhadap anak-anak buahnya apabila bertandang ke Stadium Majlis Bandar Raya Pasir Gudang berdepan pendahulu Liga Perdana setakat ini, Johor Darul Ta’azim (JDT) II, Jumaat ini.
       
        Menurutnya, walaupun tuan rumah dilihat lebih menyerlah dan diletakkan pasukan kegemaran, tetapi Aminuddin optimis dengan kemampuan pemain skuad tersebut yang juga memiliki kelebihan.
       
        “Ini dapat dilihat apabila mereka mampu mengekang dua pasukan yang lebih berpengalaman, Pulau Pinang (0-1)  dan mengikat Kedah  dengan keputusan seri 2-2 sebelum ini.
       
        “Cuma pemain diminta tidak terlalu merendah diri dan menghormati lawan sebaliknya yakin dengan kebolehan mereka dan fokus sehingga ke wisel penamat,” tegasnya.
        Setakat ini, pasukan berstatus kelab itu menghuni kedudukan ke-8 liga selepas mengharungi dua perlawanan dengan mengumpul satu mata berbanding JDT II selaku peneraju liga setakat ini selepas memenangi dua perlawanan berturut-turut.
       
        Ditanya aksi pemain pada aksi pertama mereka di laman sendiri, Stadium Darul Makmur, di Kuantan, Jumaat lalu, beliau gembira dengan persembahan yang dipamerkan mereka kerana mampu bangkit walaupun lawan terlebih dulu mendahului dua gol.
       
        Dalam perlawanan tersebut, pelawat menjaringkan dua gol menerusi Keith Nah (m-5) dan Baddrol Bakhtiar (m-9) sebelum penyerang muda tuan rumah, Abdul Malik Mat Arif menggegarkan jaring lawan pada m-23 dan 10 minit kemudian giliran penyerang import Kuantan FA, Milan Purovic menyamakan kedudukan.
        “Pemain menunjukkan sesuatu dalam perlawanan ini dan saya gembira kerana mereka tidak mudah mengalah dan memang pada minit awal, mungkin mereka terlalu hormati lawan.
       
        “Saya harap momentum sama dapat dikekalkan untuk perlawanan seterusnya walaupun beraksi di laman lawan nanti,” kata bekas penolong  pengendali Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu.
               

sumber:sinar harian

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.052446 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list