|
PETALING JAYA: Penyanyi Famiza Zulkifli, yang mendapat sambutan hangat pada tahun 1989 dengan lagu Getaran, meninggal dunia malam Rabu malam kerana masalah jantung.
Beliau berusia 43 tahun.
Famiza, yang lebih dikenali dengan nama Famieza, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 11.20 malam.
Penyanyi itu telah disebut-sebut menjadi salah seorang daripada artis tempatan terawal yang memperkenalkan irama R & B dan muzik jazz di negara ini.
Beliau akhirnya meninggalkan industri hiburan untuk membuka syarikat kecantikan dan kosmetik sendiri, Muslimah Skincare and Cosmetic Manufacturing Sdn Bhd, yang berpangkalan di Kedah.
Famieza dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seri Muda di Gombak.
Ucapan takziah untuk penyanyi ini disampaikan di laman Facebooknya, sambil ramai menyatakan rasa terkejut dengan pemergiannya kerana sehingga 17 Februari lalu, Famieza masih memberi maklum balas kepada mesej peminatnya
____________________________________________________________________________________________________________
Isteri Mendiang Loga Sedang Koma
Diterbitkan: Khamis, 19 Februari 2015 10:37 AM
Susan (kiri) dan mendiang Loga.
(Ubah saiz teks)
GEORGE TOWN: Datin Susan Lovie Boudville, isteri kepada mendiang penyanyi Alleycats, Datuk Loganathan Arumugam, sedang bertarung nyawa untuk hidup akibat menghidap penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD).
Susan, 58, sedang koma di Hospital Pulau Pinang selepas pengsan pada 14 Februari lalu.
Beliau disahkan menghidap COPD, sejenis penyakit saluran pernafasan tersekat akibat bengkak atau parut, kira-kira empat tahun lalu.
Menurut anak perempuannya, Dasha Logan, 26, ibunya telah dikejarkan ke hospital selepas pengsan pada malam 14 Februari.
"Dia sedang mandi dan pengsan apabila keluar dari bilik mandi. Abang dan rakan ibu saya berada di rumah ketika kejadian, " katanya, Rabu.
Beliau menambah, saudara mara ibunya telah datang dari Sabah dan Australia selepas dimaklumkan mengenai perkara itu.
Kawan rapat Susan, Mary Carlos-Westwood, 55, berkata dia berasa amat sedih.
"Dia merupakan seorang wanita penyayang dan baik hati yang tidak teragak-agak untuk membantu orang yang memerlukan," katanya, sambil memberitahu mula rapat dengan Susan pada tahun 1999.
Katanya, Susan telah tinggal dengannya di pangsapuri Permai Ria di Tanjung Bungah sejak September 2012 selepas rumah Susan di Jalan Azyze terbakar.
"Dia tinggal dengan kami sehingga 31 Januari apabila anaknya membawanya berpindah ke apartmen Mar Vista," tambahnya.
Susan bertemu Loganathan ketika dia bekerja di Kuala Lumpur.
Loganathan, atau lebih dikenali sebagai Loga, meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada 2007 selepas beberapa bulan bertarung dengan penyakit tersebut.
Bersama-sama dengannya adalah Datuk David Arumugam, di mana mereka membentuk kumpulan adik-beradik Alleycats pada tahun 1969 dan menghiburkan peminat di seluruh rantau ini selama 30 tahun.
****kredit to Mtsaronline |
|