CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2004|Reply: 0

Duit lama mampu jana pulangan

[Copy link]
Post time 23-2-2015 09:55 AM | Show all posts |Read mode


KUANTAN – Setiap orang mempunyai minat yang berlainan, namun ada segelintir masyarakat menjadikan aktiviti mengumpul dan menyimpan wang lama sebahagian dari hobi mereka.
       
        Begitu juga dengan pengusaha barangan antik, Silmon Loo Yaw Wen mula berjinak dengan hobi ini sejak kematian ayahnya empat tahun lalu.
       
        “Ayah saya meninggal tahun 2011 dan meninggalkan semua barangan yang dikumpul termasuk duit syiling dan wang kertas lama sebelum saya meneruskan legasinya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.
       
        Dia menyedari bahawa hobi ini mampu memberi keuntungan berlipat kali ganda dalam jangka masa panjang kerana wang lama akan bernilai tinggi berdasarkan keistimewaan pada duit tersebut.
       
        “Mengumpul wang lama boleh diibaratkan segala pelaburan dan perniagaan sampingan bukan hanya sekadar hobi bagi kebanyakan orang,” katanya.
       
        Silmon memberitahu walaupun dia meneruskan legasi ayahnya tetapi dia mempunyai matlamat iaitu untuk memastikan wang lama tersebut tidak disia-siakan begitu sahaja.
       
        “Pada mulanya, saya tidak tahu bagaimana hendak menilai sesuatu wang, tetapi apabila di dorong oleh minat mendalam, ilmu itu dipelajari sedikit demi sedikit dan menyemarakkan lagi semangat untuk terus mengumpul,” katanya.
       
        Katanya, secara peribadi, Silmon amat berpuas hati dengan koleksi yang dia ada, sebaliknya mampu membawa kita melayari sejarah silam negara ini.
       
        Oleh kerana minat mendalam terhadap hobi ini, Silmon turut mengikuti seminar Error Coins di peringkat Kebangsaan pada tahun lalu yang dianjurkan Kelab Warisan Numismatik Malaysia (KWNM).
       
        Seminar itu diadakan bagi mengumpul wang kertas atau syiling yang didapati salah cetak yang terdapat di dalam negara atau luar negara.
       
        “Ada beberapa syiling Malaysia, Indonesia dan beberapa buah negara lain yang saya berjaya kumpul menerusi pembelian daripada individu di seluruh negara,” katanya.

sumber:sinar harian

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.234068 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list