CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1748|Reply: 0

Jurulatih: PDRM masih pasukan 'underdog'

[Copy link]
Post time 23-2-2015 10:18 AM | Show all posts |Read mode


JURULATIH Polis Diraja Malaysia (PDRM) Azman Adnan berkata beliau berbangga pemain pasukan itu mencipta kemenangan besar di tempat lawan hasil sikap tidak berputus asa dan semangat juang tinggi.
       
        Sambil menegaskan PDRM masih lagi pasukan 'underdog' dalam Liga Super musim ini, Azman berkata tumpuan kini diberi kepada perlawanan menentang Selangor pada 7 Mac.
             
        Beliau memberi komen itu susulan kejayaan PDRM membelasah Kelantan 4-0 di Stadium Sultan Muhammad IV semalam.
            
        "Kami sedar kami pasukan dari Liga Perdana yang bertemu dengan semua pasukan Liga Super. Dua perlawanan sebelum ini pun kami  dah bertemu pasukan bintang yang mempunyai pemain kebangsaan. Jika dibandingkan dengan pemain saya apalah sangat.
            
        "Terus-terang saya cakap pasukan saya 'low profile', 'underdog'... kami tak perlu cakap apa-apa pun, biarlah hari perlawanan yang menentukan segalanya,"
        katanya.
               
        Sementara itu, ketua jurulatih Kelantan George Boateng berkata empat pemain pertahanan tidak harus dipersalahkan bagi kekalahan itu dan barisan
        pemain akan dirombak bagi menentang Perak bulan depan.
            
        Beliau berkata, empat pemain pertahanan telah bekerja keras menjaga gawang dalam perlawanan menentang ATM dan LionsXII sebelum ini. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.057680 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list