CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1677|Reply: 0

Faizal Saari: Tunggu esok

[Copy link]
Post time 24-2-2015 09:37 AM | Show all posts |Read mode


KEHEBATAN penyerang pasukan hoki negara, Faizal Saari tidak dapat dipertikaikan lagi.
       
        Sama ada di pentas antarabangsa mahupun dalam saingan domestik, nama Faizal bukan asing dalam sukan hoki tanah air.
       
        Dia diibaratkan seperti permata berharga buat negara.
       
        Masakan tidak, pemain berusia 24 tahun ini membantu kelabnya, Pasukan Hoki Terengganu (THT) menjuarai Liga Hoki Malaysia, musim lalu.
       
        Malah, dalam saingan Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia (HWL) di Singapura baru-baru ini, impak Faizal ternyata tidak mengecewakan.
       
        Dia bukan sekadar membantu The Speedy Tiger melakar kejayaan muncul juara malah, turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik selepas mencipta 12 jaringan sepanjang kejohanan itu berlangsung.
       
        Sebanyak 12 gol itu adalah himpunan dari satu gol melawan Ukraine, dua gol ketika bertemu Oman, satu gol menewaskan Mexico, enam gol dalam aksi memalukan Singapura dan dua gol pada perlawanan akhir menentang Poland.
       
        Itu adalah anugerah pertama Faizal di pentas antarabangsa dan ia sedikit sebanyak menaikkan semangatnya untuk membantu pasukan hoki negara melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016 di Rio De Janeiro, Brazil.
       
        “Sebenarnya saya tak sangka dapat anugerah pemain terbaik sebab saya belum pernah dapat sebarang anugerah antarabangsa macam ni.
       
        “Saya bangga dengan kejayaan ini yang dicapai bersama pasukan yang telah memberikan satu komitmen bagus,” kata Faizal selepas berakhirnya HWL, baru-baru ini.
       
        Faizal cetus kontroversi
       
        BIARPUN kejayaan pasukan hoki negara di Singapura itu masih hangat diperkatakan, nama Faizal sekali lagi mencuri tumpuan.
       
        Dia mencetuskan kontroversi, tidak hadir sesi latihan skuad hoki kebangsaan selepas tamat kempen HWL, Januari lalu.
       
        Malah sebelum bermulanya HWL, Faizal melakukan perkara yang sama tetapi dia kembali memperkuatkan skuad hoki negara sebelum berlepas ke Singapura.
       
        Dia juga tidak kelihatan bersama skuad negara pada aksi persahabatan menentang Mesir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa lalu.
       
        Isu Faizal itu mendapat reaksi hebat daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mahukan gambaran sebenar situasi melibatkan penyerang muda negara itu.
       
        “Saya sendiri dalam dilema macam mana nak buat dengan atlet ini. Saya boleh jumpa beliau (Faizal) tetapi saya minta Datuk Ahmad Shapawi Ismail (Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara) berjumpa dengannya terlebih dahulu,” katanya.
       
        Setiausaha Agung Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Johari Abdul Aziz ketika ditemui selepas berakhirnya aksi persahabatan Malaysia menentang Mesir menjelaskan, isu ini sudah selesai apabila Faizal berjanji akan melaporkan diri bersama pasukan kebangsaan, esok.
       
        Johari turut menafikan khabar angin bahawa isu bonus menjadi faktor utama Faizal tidak menyertai latihan bersama skuad kebangsaan.
       
        “Itu satu anggapan yang salah kerana bukan masalah berkaitan bonus, malah Faizal sendiri sudah sedia maklum bahawa semua bonus yang tertunggak tetap akan dibayar,” katanya.
       
        Jawapan ringkas Faizal
       
        FAIZAL ketika dihubungi Sinar Harian semalam, tidak dapat menjelaskan dengan lebih lanjut berhubung kontroversi tersebut.
       
        Dia hanya memberi jawapan; “Segala-galanya akan terjawab Rabu nanti (esok). Tunggu Rabu ini.”
       
        Menjawab persoalan, bagaimana dengan sasaran Pusingan Separuh Akhir WHL, Jun nanti, Faizal sekali lagi mengulangi jawapan sama; “Tunggu Rabu ini.”
       
        Kenyataan ringkasnya itu boleh menimbulkan tanda tanya, adakah dia akan memperkuatkan Speedy Tiger selepas ini?
       
        Namun segala jawapan akan terungkai esok dan kita selaku penyokong pasukan hoki negara percaya Faizal tidak akan mengambil tindakan yang mampu memusnahkan kariernya.

sumber:sinar harian

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:20 PM GMT+8 , Processed in 6.024786 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list