View: 4784|Reply: 52
|
[Tempatan]
Dr Asri sokong kerjasama Pas, Umno
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM - Cadangan mewujudkan kerjasama antara Pas dan Umno seperti disuarakan beberapa ulama Pas perlu dimulakan secepat mungkin demi kebaikan rakyat negara ini.
Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata, selepas sekian lama berjuang dari luar untuk memperbaiki politik Umno, tiba masanya Pas mencubanya dengan berada dalam satu kerajaan yang sama.
Katanya, kerjasama itu bukan bermaksud menghapuskan identiti Pas, sebaliknya mewujudkan gabungan yang mengekalkan identiti masing-masing namun sering ‘pesan memesan kepada kebenaran dan kepada kesabaran’ seperti arahan dalam Surah al-Asr.
"Banyak persefahaman sama antara Pas dan Umno selama ini, terutama dari sudut aliran kefahaman Islam kedua-dua parti itu.
"Hanya bahasa berbeza, tetapi isi mereka banyak yang sama. Golongan Islam yang lebih progresif mungkin akan mempunyai ruang baharu yang jelas di medan siyasah (pentadbiran) dengan hilangnya bayangan Islam Pas yang selama ini dilihat pelbagai versi," katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya, semalam.
Katanya, impian rakyat untuk melihat persaingan sihat antara kerajaan dan pembangkang akan lebur jika Pas terus berkrisis seperti sekarang yang boleh membawa pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya akan datang.
Asri berkata, keadaan itu akan melemahkan persaingan sihat dan mewujudkan satu pihak akan begitu dominan dalam politik.
Menurutnya, kerjasama antara Pas dan Umno juga akan membolehkan rakyat menilai secara matang sejauh mana kejujuran politik antara kedua-dua parti Melayu Islam itu apabila mereka bergabung dalam pentadbiran.
Katanya, ruang untuk persaingan dalam pentadbiran dengan idea-idea baharu akan muncul lebih subur dengan pergabungan antara Pas dan Umno. |
|
|
|
|
|
|
|
1. MAZA berani bersuara macam ni selepas Nik Aziz meninggal dunia.
2. Prof Agus mangkuk hayun tu setuju ke?.
3. Apa kata Mad Sapu, Husam, Hatta, Mujahid, Mahfus, Khalid Samad, PASMA?.
|
|
|
|
|
|
|
|
Betoi ka ni....?? nanti ada yang akan kata Dr MAZA dah pro BN mengorat PAS pulak
Ada yang kata sungguh ajaib kalau boleh bergabung.... (begabung dengan DAP tak ajaib pula)
Apa pun, saya suka kalau PAS & UMNO bergabung. Memang ada sejarah lama, tapi kepimpinan UMNO dan PAS pun dah mengalami perubahan....
Perpecahan dalam umat Islam di Malaysia dapat dikurangkan. Sesiapa yang anti bergabung tu mungkin melihat ideologi kepartian melebihi semangat perpaduan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la tu...sudah2 la berpolitik sampai pecah belah..
tiba masa bercantum balik utk kepentingan rakyat... |
|
|
|
|
|
|
|
nak bekerjasama mcm mana, satu nak Islam, satu lg tolak. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo pas masih dgn ideologi lama...teruskan...tp at certain place harus jg mcm dap mca.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dengan DAP boleh bergabung, bukannya DAP terima Islam pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya...untuk kebaikan semua...pas ngan umno memeang sepatutnya bergabung... supaya dapat diperbaiki sistem pentadbiran dan hal ehwal islam..untuk kebaikan semua...semoga saling memperbaiki each other.... |
|
|
|
|
|
|
|
bergabung ngan bekerjasama lain maknanya bro.
lagi satu mana pernah Pas dan DAP bergabung, bekerjasama je.
dan oleh kerana DAP tolak undang2 Islam, jadik la masalah mcm sekarang nih. kalau bekerjasama ngan UMNO dan umno nak terima pakai 100% undang2 islam takpe, kalau tak, sama je mcm DAP.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mnm77 at 25-2-2015 12:01 PM
Saya boleh setuju dari segi istilah bahasa ada perbezaan
Apa tujuan bergabung? Salah satu tujuannya bekerjasama untuk matlamat tertentu, walaupun dasar parti berbeza.
Kalau bergabung boleh menyatukan umat Islam, tak bekerjasama sepenuhnya pun masih lebih baik dari tak bergabung yang menjadi medan ahli parti hentam-menghentam antara satu sama lain, sampai rakyat pecah belah.
Boleh setuju tak dengan pendapat saya?
(Parti komponen PAS DAP PKR bergabung di bawah satu payung PR)
|
|
|
|
|
|
|
|
tengok march ni....dapat tak Mad Sapu gulingkan Hadi?..kalau Hadi digulingkan..sendiri boleh baca lah..
|
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya..UMNO dari dulu tak ada masalah...PAS je yg bermasalah sampai berpecah belah dlm PAS..contohnya hadi dgn cadangan UGnya dulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
yup..sepatutnya macam tulah..UMNO ka PAS ka tu parti je...ada dasar masing2..ada kelemahan dan kelebehannya.....UMNO berpegang pada perlembagaan negara yg disepakati semua kaum, agama sejak merdeka..nak buat sesuatu..pegang dulu asas tu..ikut prosesnya...bukan main langgar macam org tak ada undang2.
|
|
|
|
|
|
|
|
UMNO pun ada masalah dalaman juga, cumanya mungkin jentera UMNO lebih efisien menangani isu politik, berbanding PAS.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak mustahil.
tapi sanggup ke UMNO ditinggalkan MCA dan MIC untuk perjuangkan Islam?
dan UMNO berkuasa pon sebab undi2 kat sabah sarawak nun..
|
|
|
|
|
|
|
|
UMNO dah makin bermasalah...semua jd terlalu tamak & nak isi tembolok diri & kroni smpai mengabaikan kepentingan rakyat...
terlalu selesa...
|
|
|
|
|
|
|
|
UMNO memang ada masalah dalaman juga...tapi didalam kerjasama dgn PAS UMNO tidak ada masalah krn semua ahli majlis UMNO termasuk Presiden, tim, naib2, ketua wanita, pemuda, putera dan puteri semua bersetuju...demi agama bangsa dan negara.
PAS je yg masalah...tengoklah lepas Nik Aziz meninggal ni macam mana respond pemimpin2 PAS....Tuan Ibrahim contohnya...Mad Sapu contohnya...Hatta contohnya...Khalid Samad dan Mujahid contohnya...anak Nik Aziz saya yakin dia setuju.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mnm77 at 25-2-2015 12:14 PM
Itu risiko yang UMNO kena kaji.... sama juga risiko yang PAS kena kaji kalau ditendang atau keluar dari PR (DAP & PKR)
Mungkin MCA dan MIC masih boleh bertahan dalam BN sekalipun PAS join? Tak mustahil.
MCA ada peranan untuk bantu bangsa Cina dari dalam kerajaan. Kalau MCA keluar, bangsa Cina lebih rugi, melainkan kalau PR boleh jatuhkan BN. Kalau PAS tidak bersama PR, lagi susah PR nak kalahkan BN.
|
|
|
|
|
|
|
|
hanya manusia yang akalnya waras
dan mindanya bijaksana sahaja
yang nampak keperluan bersatu
oleh itu, jangan tanya kepada
mereka2 yang IQ nya rendah
tentang usaha baik ini |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mnm77 at 25-2-2015 12:23 PM
Itulah yang saya lihat, masalah dalaman UMNO tidaklah begitu ketara berbanding masalah dalaman PAS, walaupun masing-masing memang ada masalah dalaman.
Maksud masalah dalaman: isu-isu yang memecah-belahkan parti disebabkan oleh ahli-ahli parti itu sendiri
Saya tak komen dari segi isu perlaksaan kuasa.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|