Di India, isu keganasan terhadap wanita bukanlah sesuatu yang boleh disifatkan sebagai isu terpencil.
Justeru, kami kagum dengan kehebatan wanita dalam rakaman video ini sewaktu mempertahankan dirinya daripada menjadi mangsa buli seorang lelaki.
Tidak dapat dipastikan sama ada lelaki tersebut merupakan suaminya atau individu asing yang sengaja mengganggunya.
Bukan sahaja menumbuknya, malah wanita itu juga mengangkat lelaki itu untuk menjatuhkannya.
Kalau semua wanita memiliki keberanian sebegini, kami yakin kaum lelaki tidak akan sewenang-wenangnya menjadikan golongan ini sebagai ‘punching bag’ mereka, betul tak?
Jangan tak tau ye, di India dah ada kumpulan wanita2 vigilante yg gagah berani... Gulabi gang; melindungi sesama wanita drpd didera dan dianiaya, jenayah seksual, perkahwinan gadis bawah umur dan permasalahan buta huruf.