CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1186|Reply: 0

Piala AFC: Pahang tewaskan Yadanarbon FC 3-2

[Copy link]
Post time 26-2-2015 10:22 AM | Show all posts |Read mode


                            PAHANG bermula langkah kanan pada aksi pembukaan Kumpulan G Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas mengalahkan wakil Myanmar, Yadanarbon FC 3-2 di Stadium Mandalar Thiri, Myanmar, hari ini.

        Pemain gantian, R. Gopinathan muncul wira skuad 'Tok Gajah' menerusi gol kemenangan pada minit ke-88 selepas kedua-dua pasukan pasukan terikat 2-2 pada perlawanan yang disiarkan oleh sebuah televisyen berbayar itu.

        Pada aksi hari ini, Pahang berada di depan menerusi gol penyerang importnya, Dickson Nwakaeme seawal minit kelima selepas beliau bijak menyambar bola yang ditampan keluar oleh penjaga gol tuan rumah, Thiha Sithu.

        Dickson terus menjadi 'duri dalam daging' untuk pasukan tuan rumah apabila menggandakan kedudukan untuk skuad 'Tok Gajah', tujuh minit kemudian selepas bijak menggelecek pemain tuan rumah sebelum menolak masuk bola bagi menewaskan Sithu untuk kali kedua.

        Yadanarbon FC berjaya merapatkan defisit jaringan pada minit ke-40 selepas pertahanan Pahang, Damion Stewart tertampan bola masuk ke gol sendiri dan keputusan itu kekal sehingga separuh masa.

        Bersambung babak kedua, Pahang terus menggandakan asakan bagi memburu jaringan seterusnya namun ditimpa malang selepas kapten pasukan, Mohd Razman Roslan dilayangkan kad merah oleh pengadil pada minit ke-55 kerana mengasari pemain lawan di dalam kotak penalti.

        Pemain import dari Ivory Coast, Djedje Maximin Djawa yang mengambil sepakan penalti, mudah menolak masuk bola ke dalam gawang bagi menyamakan kedudukan untuk Yadanarbon FC.

        Ketika permainan seolah-olah berakhir dengan keputusan seri, Gopinathan muncul wira menerusi sepakan lencong bagi mengesahkan tiga mata mutlak menjadi milik Pahang.

        Satu lagi perlawanan kumpulan G membabitkan Global FC dari Filipina dan South China dari Hong Kong berlangsung lewat hari ini di Stadium Memorial Rizal, Manila, Filipina.

        Pahang akan menerima kunjungan Global FC pada aksi kedua kumpulan di Stadium Darul Makmur, Kuantan manakala South China akan menentang Yadanarbon FC di Stadium Mongkok, Hong Kong dan kedua-dua perlawanan berlangsung 11 Mac ini. - Bernama
               



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.216401 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list