CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1316|Reply: 0

Epin United yakin genggam Liga Klang 2015

[Copy link]
Post time 26-2-2015 11:08 AM | Show all posts |Read mode


DUA kemenangan dan satu seri serta tidak pernah dibolosi sepanjang  Kejohanan Bola Sepak Liga Klang 2015 Piala LNY SRIMAS  membuktikan Epin United makin bersemangat untuk mengekalkan persaingan selaku pencabar terkuat dalam liga tersebut.
       
        Pengurus Epin United, Kamarul Ariffin Kamaruddin berkata, selain ingin mengekalkan kejuaraan selaku Juara Piala FA, pasukannya itu juga akan memastikan kejuaraan liga milik mereka tahun ini selepas tewas pada Perakam FC pada perlawanan akhir lalu.
       
        Menurutnya, perlawanan menentang Ketapang (Ahad) ini dan Bunga Raya pada 8 Mac 2015 akan menjadi perhatian memandangkan setiap pasukan masing-masing ingin merebut empat tempat teratas untuk layak ke suku akhir.
       
        “Kejohanan kali ini agak mencabar memandangkan setiap pasukan telah memperkemaskan skuad mereka dan pada masa yang sama kemunculan beberapa pasukan baru juga menjadikan liga lebih  sengit.
       
        “Namun Epin United sentiasa menurunkan skuad terbaik bagi menghadapi setiap perlawanan untuk memungut mata penuh bagi meraih empat teratas itu," katanya selepas perlawanan menentang Budak Seri Perantau (BSP) yang menyaksikan Epin United menang 2-0.

sumber:sinar harian

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.214116 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list