CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1256|Reply: 0

Usah sia-sia peluang di Kuantan

[Copy link]
Post time 2-3-2015 08:20 AM | Show all posts |Read mode


PENGENDALI Tok Gajah, Zainal Abidin Hassan mahu anak-anak buahnya tidak mensia-siakan peluang beraksi di laman sendiri, sekali gus memastikan kemenangan apabila melayan kunjungan Harimau Selatan aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur di sini, malam ini.
       
        Menurutnya, kemenangan menjadi buruan Tok Gajah untuk melangkah ke pusingan seterusnya dan pertemuan menentang Johor Darul Ta’aim (JDT) itu pastinya mengundang aksi sengit daripada kedua-dua pasukan.
       
        “Aksi di laman sendiri perlu digunakan sebaik mungkin dan walaupun memang kita mengakui ada sedikit kepenatan, namun ia bukan menjadi alasan untuk cepat mengalah.
       
        “Malah dengan kejayaan pasukan melakar kemenangan ke atas Yadarnabon FC pada Rabu lalu, memang menyuntik lagi semangat pemain untuk perlawanan esok (hari ini),” katanya mengakui semua pemain tidak sabar untuk berdepan lawan.
       
        Mengakui para pemain sudah sedar dan semakin mendapat rentak, Zainal Abidin turut menggesa pemain supaya menggandakan usaha dan mengekalkan disiplin baik hingga ke wisel penamat.
       
        Ditanya keadaan penyerang kebangsaan, Azamuddin Mohd Akil ataupun mesra dipanggil Alex itu, dia memberitahu, pemain itu masih tidak dapat turun beraksi kerana mahu memberikan peluang buat pemain kelahiran Lipis itu bersedia sepenuhnya selepas mengalami kecederaan lutut kanan sejak penghujung Disember tahun lalu.
       
        “Tetapi saya yakin dengan semangat juang, pemain lain akan berusaha sehabis mungkin untuk tidak menghampakan harapan penyokong Pahang yang mahukan kemenangan buat kita malam esok (ini).
       
        “Kami mohon doa dan sokongan peminat Pahang untuk kejayaan pasukan kesayangan mereka,” katanya.
       
        Pada musim lalu, Pahang menghampakan skuad kendalian Bojan Hodak itu di pusingan separuh akhir dengan agregat 2-1.

sumber:sinar harian

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.054105 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list