CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1351|Reply: 0

JDT sedia lakukan kejutan

[Copy link]
Post time 2-3-2015 08:24 AM | Show all posts |Read mode


SEMUA pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah bersedia dan berada di tahap kesiapsiagaan yang tinggi untuk berdepan Pahang bagi aksi pusingan pertama Piala FA 2015, malam ini.
       
        Beraksi di Stadium Darul Makmur, pengurus merangkap Ketua Jurulatih JDT, Bojan Hodak mengakui pertembungan pasukannya dengan Skuad Tok Gajah di tempat lawan bukan satu  tugas yang mudah.
       
        Bagaimanapun, semua pemain termasuklah Mohd Amri Yahyah, Junior Eldstal dan Luciano Figueroa sudah bersedia untuk diturunkan bagi melakukan kejutan di gelanggang lawan sekali gus menang ke atas Pahang.
       
        “Buat masa ini, saya belum memilih siapa yang akan diturunkan atau tidak bagi perlawanan dengan Pahang.
       
        “Tetapi semua pemain sudah bersedia bagi perlawanan penting ini.
       
        “Berdepan dengan Pahang di tempat mereka bukanlah sesuatu yang mudah, namun jika dilihat dua atau tiga perlawanan sebelum ini, kami mampu menjaringkan gol di tempat lawan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.
       
        Pengendali dari Croatia itu juga tidak menolak kemungkinan untuk menurunkan barisan kesebelasan pemain yang sama seperti pertembungan dengan East Bengal FC bagi saingan Piala AFC tempoh hari.
       
        Malah dengan nada tenang, Hodak juga bersedia memberi peluang kepada penyerang kebangsaan, Safee Sali dan pemain lincah, S Chanturu dalam perlawanan itu.
       
        “Setakat ini, saya berpuas hati dengan pasukan bimbingan saya. Safee sebelum ini, beraksi dengan baik malah membalas kepercayaan dengan menjaringkan gol dan membantu pasukan menang.
       
        “Manakala Chanturu, dia merupakan Man of The Match kami bagi perlawanan sebelum ini. Saya yakin kami boleh menang dalam perlawanan menentang Pahang,” katanya.
       
        Sekiranya berjaya menewaskan Pahang, skuad Harimau Selatan berjaya mengikuti jejak pasukan JDT II yang menang ke atas Selangor PKNS, malam kelmarin.

sumber:sinar harian

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.067647 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list