CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1469|Reply: 0

Anak legenda julang Bangsar A

[Copy link]
Post time 3-3-2015 09:39 AM | Show all posts |Read mode

KEHADIRAN tonggak  berpengalaman termasuk anak Zabidi Shariff membawa Bangsar A menjuarai acara berpasukan Kategori Bawah 18 Tahun Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kuala Lumpur (MSSKL) 2015 selepas menewaskan Sentul A, 2-1, baru-baru ini.
       
        Muhamad Amar Hafiz Zabidi yang serba boleh sebagai tekong mahupun pelibas seperti bapanya legenda juara Sukan Asia 1994 itu turut disokong tiga lagi pemain berpengalaman Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) tahun lalu.
       
        Biarpun begitu Muhamad Azran Rushdi, Hanif Zamri dan Fahim yang turut pernah mewakili MSSKL tetap diheret bermain sehingga set penentuan oleh Sentul A dalam ketiga-tiga regu pada perlawanan akhir di Kompleks Belia dan Sukan Kampung Pandan, di sini.
       
        Muhamad Amar Hafiz turut dipilih sebagai tekong terbaik kejohanan ini sementara dua pemain Sentul A, Muhammad Hanafiah Azman dan Muhammad Nabil Nor Azman bergelar apit kanan dan kiri terbaik.
       
        Namun Sentul A  yang  diwakili  Sekolah  Menengah  Kebangsaan (SMK) Batu Muda kembali bangkit menebus kekalahan itu untuk menjuarai acara antara regu kategori sama dengan menewaskan Bangsar A (SMK Seri Pantai) 22-20, 16-21, 21-14.
       
        Dalam pada itu tempat ketiga bersama berpasukan dimenangi Sentul B dan Bangsar B manakala antara regu milik Bangsar B dan Pudu A.
       
        Kejohanan ini juga bertujuan memilih 36 pemain terbaik Bawah 12, 15 dan 18 Tahun untuk mewakili MSSKL ke Kejohanan MSSM di Shah Alam, dari 15 hingga 20 Mac ini.

sumber:sinar harian


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.202894 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list