CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1440|Reply: 0

Sinar baharu badminton negara

[Copy link]
Post time 3-3-2015 09:40 AM | Show all posts |Read mode

SATU perubahan baharu diharap berlaku dengan ketibaan Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen.
       
        Demikian harapan pemain nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei ketika diminta mengulas kehadiran Frost yang telah melapor diri ke BAM, semalam.
       
        Menurut Chong Wei, beliau meletakkan harapan tinggi kepada jurulatih dari Denmark itu bagi mengembalikan semula kegemilangan badminton negara.
       
        "Sudah semestinya saya gembira dengan kehadiran Frost kerana beliau pernah bekerja di sini dan saya pun pernah bekerja di bawah bimbingannya.
       
        "Mungkin dengan adanya Frost, dia dapat tukar program yang baharu untuk bangkitkan kembali sukan badminton.
       
        “Jadi, saya harap semua jurulatih dan pemain dapat memberi kerjasama yang baik demi meningkatkan prestasi sukan badminton negara,” katanya ketika ditemui di Stadium Juara, semalam.
       
        Chong Wei yang mengenali Frost ketika umur 17 tahun yakin pengalaman yang ada dalam diri legenda badminton Denmark itu mampu memantapkan kembali skuad badminton negara seterusnya bersaing dengan pencabar lain seperti China, Korea Selatan, Indonesia dan Jepun.
       
        "Saya kenal dia sejak umur 17 tahun, dia adalah insan yang membawa masuk saya ke skuad kebangsaan. Sepanjang itu, saya melihat dia seorang jurulatih yang bagus, boleh dibawa berbincang dan suka berkongsi pengalaman kepada pemain.
       
        "Jadi, kehadiran kembali dia ke Malaysia, saya rasa ia sinar buat skuad negara untuk bangkit," katanya.

sumber:sinar harian


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.056348 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list