CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1198|Reply: 0

Janji Mr Badminton

[Copy link]
Post time 3-3-2015 09:42 AM | Show all posts |Read mode


PENGARAH Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang baharu, Morten Frost Hansen berjanji akan menyelesaikan masalah kontrak jurulatih kebangsaan badan induk itu segera dalam tempoh terdekat.
       
        Frost yang memulakan tugas semalam dengan bertemu semua jurulatih selepas sesi latihan di Stadium Juara menyatakan bahawa kontrak jurulatih yang kebanyakannya berakhir hujung bulan ini akan diselesaikan dalam tempoh dua minggu.
       
        "Saya telah mengadakan pertemuan dengan semua jurulatih dan semuanya berjalan dengan sempurna.
       
        "Saya faham situasi sekarang, jadi saya akan meneliti dan mengkaji struktur kejurulatihan negara, mungkin dalam minggu depan. Apabila saya ditanya mengenai jurulatih saya cukup pasti apa yang saya akan lakukan," katanya ketika ditemui media selepas melaporkan diri di pejabat BAM di Bukit Kiara semalam.
       
        Morten Frost yang pernah menjadi pengarah kejurulatihan BAM dari 1997-2000 mempunyai kontrak bersama MSN sehingga 31 Disember 2020.
       
        Ketika diajukan mengenai badminton Malaysia yang kini jauh ke belakang, Frost yang dikenali sebagai Mr Badminton berkata, beliau mempunyai keyakinan untuk meletakkan nama negara kembali di landasan yang betul.
       
        Menurut bekas juara All England empat kali itu, beliau akan melakukan segala yang mungkin untuk membantu skuad negara mendapatkan semula statusnya sebagai kuasa besar badminton.
       
        "Saya mengakui bahawa Malaysia telah jauh ke belakang dan ia merupakan satu cabaran tetapi saya bersedia untuk membuat beberapa perubahan. Malaysia mempunyai bakat. Saya lihat sebelum ini.
       
        "Apa pun, saya memerlukan masa untuk menilai dan mengkaji segala-galanya sebelum memulakan kerja," katanya yang telah bersedia untuk memulakan tugas.

sumber:sinar harian

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.062459 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list