CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1939|Reply: 0

Selesai di luar isu Ferris

[Copy link]
Post time 4-3-2015 08:58 AM | Show all posts |Read mode

                            PENGENDALI skuad Bola Sepak Bawah 23 Tahun ( B-23), Datuk Ong Kim Swee mengharapkan kemelut perebutan bekas pemain Harimau Muda, Muhammad Ferris Danial Mat Nasir antara Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan Kelab Bola Sepak Felda United (FUFC)  tidak diselesaikan melalui Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
       
        Katanya, jika langkah tersebut terpaksa diambil pastinya akan memberi kesan kepada pemain, Kafa dan Felda United serta negara.
       
        “Saya harap isu ini tidak diheret ke Jawatankuasa Status FAM, jika terjadi akan memberi kerugian kepada semua.
        “Permasalahan ini rasanya boleh diselesaikan secara baik dengan persetujuan kedua belah pihak demi kebaikan bersama," katanya.
       
        Seandainya permasalahan ini dibawa ke Jawatankuasa Status, Kim Swee mengharapkan FAM tidak mengenakan hukuman yang berat ke atas Ferris.
       
        “Jika dibawa juga, keputusan akan dibuat, mungkin perlu pertimbangkan jenis hukuman dan tempoh masa kerana pemain bola sepak perlu sentiasa berlatih.
       
        “Saya bimbang hukuman tersebut akan memberi kesan kepada prestasinya yang turut berpeluang menyertai skuadnya menyertai Sukan Sea di Singapura nanti," katanya.
       
        Mengulas latihan barisan pemain yang dipanggil untuk pemilihan ke Sukan Sea, Kim Swee telah mempunyai barisan pemain bayangan, namun masih terlalu awal untuk mengumumkannya.
       
        “Setakat ini saya berpuas hati dengan prestasi pemain yang dipanggil. Bayangan pasukan telah ada, namun saya akan membuat keputusan pada 15 Mac nanti selepas menilai kembali prestasi pemain tersebut," katanya.
               

sumber:sinar harian


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.054201 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list