CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1498|Reply: 0

Young Guns waspada ancaman Nur Insafi

[Copy link]
Post time 4-3-2015 09:09 AM | Show all posts |Read mode


UNIKL Young Guns tidak mahu memandang mudah aksi suku akhir pertama Piala Milo menentang juara Divisyen Dua Liga Hoki Remaja (MJHL) 2015, Nur Insafi di Stadium Hoki Bukit Jalil, Jumaat ini.
       
        Biarpun diletakkan sebagai pasukan pilihan selepas menghuni tangga kedua Divisyen Satu, jurulatih Young Guns, I Vickneswaren tidak mahu pemainnya hilang fokus dan memandang rendah keupayaan pasukan lawan.
       
        “Di atas kertas, kami konsisten tetapi Nur Insafi juga mempunyai kelebihan kerana mereka memiliki pemain berbakat yang mampu memberikan kesulitan,” katanya.
       
        Nur Insafi setakat ini hanya tewas sekali dalam kempen MJHL dijangkakan akan meneruskan rentak konsisten mampu mengejutkan Young Guns.
       
        “Young Guns dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI Thunderbolts) pasukan pilihan tetapi kami tidak akan mengambil mudah.
       
        “Bagaimanapun kami akan berusaha untuk memastikan laluan kami cerah untuk ke pusingan berikutnya,” kata Vickneswaren.
       
        Dalam aksi suku akhir lain, SSTMI Thunderbolts akan menentang 1Mas Perlis, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menentang SMKDBL PH Johor, dan SSP-MSP-Thunderbolts menentang Sekolah Sukan Bukit Jalil.

sumber:sinar harian

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.691240 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list