Edited by GhostWalking at 8-3-2015 01:38 PM
Wednesday, March 4, 2015
Mufti Perlis, Dato' Arif Perkasa Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin a.k.a Dr MAZA sambil menyambut baik hasrat Pejabat Menteri Besar Perlis menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam Sempena Hari Keputeraan DYMM Raja Perlis Yang Ke-72 dan Ulang Tahun RTM Ke-69 Tahun, tetapi dengan bersyarat, iaitu Panel
Forum yang dicadangkan iaitu Ustaz Datuk Kazim Elias tidak dipersetujui kerana sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat yang palsu..Keputusan muktamad Mufti Perlis ini telah disuarakan melalui surat yang dialamatkan kepada Senator Mohd Khalid bin Ahmad, Pejabat Menteri Besar Perlis yang di faxkan.
Nampaknya ketegasan Mufti Perlis ini harus dipuji dan disanjung kerana tegas dan jelas dalam pendirian serta penilaiannya mengenai butiran ceramah Ustaz Kazim Elias yang sering menjadi kontroversi.Bukannya memberikan alasan picisan tidak mempunyai tauliah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Perlis.
Alasan diberikan itu memang logik dan boleh diterima akal, kerana jika sering meriwayatkan kisah-kisah yang palsu dan tipu maka yang menjadi mangsa ialah para pendegar yang anggap ianya perkara sahih dan benar. Akhirnya umat Islam yang mendengar dan percaya akan menjadi umat yang sesat dan terkeliru.
Sumber makkaublogspot |