CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2024|Reply: 16

[Dunia] Budak Perempuan Berusia 16 Tahun Mati Dikerat Abang Tiri

[Copy link]
Post time 4-3-2015 08:16 PM | Show all posts |Read mode
>
Becky Watts

Polis akhirnya temui mayat Becky Watts, 16, dalam keadaan dikerat beberapa bahagian

> Dia tidak pulang ke rumah sejak 19 Feb lalu

> Gadis dari Bristol, UK itu disyaki dibunuh oleh abang tirinya sendiri

> Abang tiri dan kekasihnya kini ditahan polis

> Motif pembunuhan masih belum diketahui

> Jenayah ini telah mengemparkan seluruh United Kingdom


BRISTOL (UK): Becky Watts, gadis berusia 16 tahun yang hilang sejak 19 Februari lalu dan menjadi berita hangat di seluruh United Kingdom telah ditemui mati dengan keadaan anggota badannya dikerat-kerat di sebuah rumah tidak jauh dari kediaman keluarganya.

Sehubungan dengan penemuan mayatnya itu, polis telah menahan abang tiri mangsa yang berusia 28 tahun serta kekasih abang tirinya yang berusia 21 tahun kerana disyaki membunuhnya.

Polis telah memperolehi waran untuk menahan dan menyoalsiasat Nathan Matthews dan Shauna Phillips untuk tempoh empat hari mulai Selasa.



Bapa Becky Darren Galsworthy, 51,  dan ibu tiri mangsa Angie-Mae Galsworthy, 49.

Kedua-duanya ditahan sebaik sahaja polis menemui anggota badan yang telah dikerat-kerat di dalam sebuah rumah di sini.

Polis turut menahan lima lagi suspek yang berusia antara 23 hingga 29 tahun dipercayai ada kaitan dalam kes tersebut.

Ibu kepada abang tiri Becky, Angie-Mae Galsworthy, 49, adalah isteri kepada bapa mangsa, Darren, 51.

Sewaktu kehilangannya, Angie dan Darren telah muncul di kaca televisyen sambil menangis dan merayu supaya Becky pulang semula ke pangkuan mereka dengan segera


Suprintendan Mike Courtiour mengadakan sidang media mengenai pembunuhan tersebut berhampiran lokasi kejadian.

Malah kekasih kepada abang tiri mangsa yang kini ditahan polis turut merayu melalui laman Facebooknya meminta orang ramai supaya turut membantu dalam mencari kehilangan Becky.

Sebaik sahaja Nathan dan kekasihnya Shauna ditahan polis, jiran-jiran mereka berkata, kedua-duanya adalah jiran tetangga yang kelihatan normal.

"Malah Shauna telah menghantar mesej kepada saya bertanya apakah jiran-jiran ada melihat adik perempuan kepada kekasihnya setelah dia hilang dua minggu yang lalu," kata seorang jiran.

Polis menemui mayat Becky pada malam Selasa di kawasan perumahan Barton Hill di sini hanya satu setengah batu dari rumah mangsa.


Anggota polis sedang berusaha mencari bukti di kawasan Becky dibunuh.

Motif pembunuhan tersebut masih belum diketahui.

Sehingga berita ini ditulis, pihak polis masih lagi mengeledah rumah di mana mayat Becky ditemui dan kawasan sekitarnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2015 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
UK dah tak selamat:zz
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 08:33 PM | Show all posts
apa motif bunuh
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya .....

Belum puas hidup lagik
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 08:49 PM | Show all posts
Baaqiah....boleh join Isis lagu ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Mona fandey versi kokesen
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2015 10:44 PM | Show all posts
mane2 pun ade orang2 mental membunuh macam ni..
doa2la moge dijauhkan
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 10:47 PM | Show all posts

.. mai la migrate ke Malaysia. Malaysia masih aman selamat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2015 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejamnya. Pastu pura2 xtau walhal da bunuh.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik budak nya..
RIP Becky
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 4-3-2015 10:47 PM
.. mai la migrate ke Malaysia. Malaysia masih aman selamat.

Ha ha ha Kak... Nak it jap..lupanak bgtau yg mmg skrg ni ada quew utk koperasi...dulu terus beli saja tp sejak dah ramai org tau pulangan..dah terlebih pulak applicationnya..jd Kak kena apply dulu ya... Bln 7 baru tau brp div utk present financial year ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko dah knp abang tiri oittttttt
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 11:01 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 4-3-2015 10:54 PM
Ha ha ha Kak... Nak it jap..lupanak bgtau yg mmg skrg ni ada quew utk koperasi...dulu terus beli s ...

... huhuu

bukan pasal Q .. now ibaratnya macam saham Bank Rakyat ... tak dak ...habis ... setakat jadi ahli beli 100 unit Ok la .. malas lah akak kalau setakat 100 unit .. bukan felda tak boleh jual lagi banyak saham .. tapi according to pegawai Felda yg mengendalikan saham koperasi felda ni ... ianya sebab ramai ahli (masa mesyuarat agung) mahu saham dilimitkan supaya dapat menten dividen lumayan macam sekarang (16-20% annually) ... so .. gigit jari sahaja lah ..... dump sahaja lah lebihan seringgit dua tu dalam tabung Haji.

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 11:01 PM | Show all posts
harap harap diaorg dapat "motif" sebab apa abg tiri dia membunuh.

r.i.p becky....

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 4-3-2015 11:01 PM
... huhuu

bukan pasal Q .. now ibaratnya macam saham Bank Rakyat ... tak dak ...habis ... setak ...

Tak ialah Kak...rezeki tak dak kat situ ada kat tempat lain pulak.

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 11:05 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 4-3-2015 11:03 PM
Tak ialah Kak...rezeki tak dak kat situ ada kat tempat lain pulak.

Ye la beb. Takder rezeki kat situ.

ps: cantikpulak budakyang kena bunuh tu. Sayang sekali.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2015 11:27 PM | Show all posts
Kejamnya, jgnlah mak tiripun terlibat sama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.510089 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list