CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1953|Reply: 2

Sukan badminton semakin suram?

[Copy link]
Post time 5-3-2015 11:00 AM | Show all posts |Read mode


BUAT kali pertama dalam sejarah badminton sejak 1970, Kejohanan All England 2015 yang bermula semalam dan berakhir hujung minggu ini akan berlangsung tanpa penyertaan pemain negara bagi acara perseorangan lelaki.
       
        Harapan disandarkan kepada Mohd Arif Abdul Latif yang terpaksa melalui pusingan kelayakan terlebih dahulu sebelum mara ke undian utama tidak kesampaian apabila dinafikan pemain Indonesia, Hayom Rumbaka, 18-21,21-15 dan 21-18 dalam tempoh 59 minit.
       
        Arif menjadi wakil tunggal perseorangan lelaki beraksi berikutan kecederaan kaki dialami Chong Wei Feng manakala Zulfadli Zulkiffli menarik diri kerana demam.
       
        Melihat situasi ini, bekas perseorangan lelaki negara yang menjulang gelaran All England 2003, Muhammad Hafiz Hashim percaya kegemilangan sukan badminton semakin suram.
       
        "Kegagalan wakil negara bagi acara perseorangan berada dalam kejohanan ini amat mengecewakan, memang Arif memberi tentangan hebat kepada Rumbaka, namun secara asasnya kita ketandusan pemain perseorangan lelaki.
       
        "Kita terlalu mengharapkan Datuk Lee Chong Wei untuk negara mencipta nama di pentas dunia, dengan ketiadaannya dalam kejohanan ini wujud jurang yang ketara di kalangan pemain perseorangan lelaki.
       
        "Mungkin setahun atau dua tahun, kita tidak tahu sampai bila akan ada pemain setaraf Chong Wei, ini realiti yang perlu kita terima.
       
        "Sukan badminton negara semakin suram apabila gagal menempatkan diri dalam kejohanan berprestij, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu mengambil iktibar," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
       
        Hafiz yang mula menyertai kejohanan antarabangsa dalam Kejohanan Terbuka Swiss 2002 menjelaskan acara perseorangan lelaki begitu penting dalam setiap kejohanan.
       
        "Bukan beregu lelaki, campuran dan wanita tidak penting tetapi aura perseorangan lelaki mengatasi segala-galanya dalam kejohanan.
       
        "Begitu mengecewakan,  sukan badminton dalam keadaan bahaya dan perlu diselamatkan," jelasnya.
       
        Kini cabaran Malaysia pada All England digalas beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan dua beregu wanita yang semakin meningkat, Woon Khe Wei-Vivian Hoo dan juara Terbuka India, Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho untuk mencipta nama di persada dunia.

sumber:sinar harian

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2015 12:28 PM | Show all posts
Sedih. Kalau dulu Malaysia digeruni dalam badminton, sekarang dipandang enteng je. Jepun sekarang macam semakin menggila dalam badminton.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 11:30 PM | Show all posts
semua BAM punya pasal..
lagi bodo dari FAM..
LCW jadi anak emas BAM bertahun2..
dah sampai umo LCW masuk 30, pun takde pelapis..
yang ada pun lari keluar dari BAM..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.061301 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list