View: 18200|Reply: 104
|
Apa Yang Shila Amzah buat kat AbgNara??
[Copy link]
|
|
Selamat pagi. Rasanya sekarang ini anda semua sudah mengetahui tentang kontroversi yang sedang melanda blog ini, Shila Amzah dan keluarganya. Semalam, sebuah artikel yang ditulis oleh salah seorang penulis BeautifulNara telah menimbulkan kemarahan Shila Amzah, keluarganya dan juga para peminat. Abang Nara akui tulisan tersebut sememangnya tidak adil, boleh menimbulkan perbalahan dan kalau terjadi kepada diri ini, memang akan rasa marah.
Sekadar untuk makluman anda semua, BeautifulNara mempunyai beberapa orang penulis yang menyumbang artikel kepadanya. Namun selaku pemilik blog ini, Abang Nara bertanggungjawab untuk memantau setiap tulisan mereka. Namun semalam diri ini agak sibuk dan menyebabkan artikel itu terlepas pandang. Selepas mendapat makluman daripada para peminat Shila Amzah di Twitter dan Instagram, Abang Nara telah membuat tindakan sewajarnya. Selaku manusia biasa, kesilapan dan kekhilafan sebegini sememangnya sering terjadi, lebih-lebih lagi BeautifulNara tiada editor tetap yang memantau. Kami hanyalah blogger biasa-biasa sahaja.
Selain itu Abang Nara juga menerima seadanya kutukan, kritikan dan cercaan daripada peminat Shila Amzah dan juga para keluarga mereka. Memang ia berpunca dari kesilapan diri ini. Di kesempatan ini, Abang Nara menyusun sepuluh jari memohon maaf dan keampunan terhadap semua pihak yang terbabit terutama Shila Amzah dan keluarga. Abang Nara juga telah memaklumkan kepada semua penulis agar sebarang tulis tentang Shila Amzah tidak dikeluarkan selepas ini, sesuai dengan permintaan ahli keluarga penyanyi ini.
Terima kasih atas sokongan anda selama ini. Manusia sentiasa membuat silap dan Abang Nara adalah seorang manusia. Mohon maaf sekali lagi atas kekurangan diri ini. Semoga perkara yang sama tidak berulang lagi di masa hadapan.
P.S: Abang Nara tidak membalas kenyataan di laman sosial kerana menganggap ia akan menyemarakkan lagi rasa tidak senang sesama sendiri. Semoga dengan artikel ini ia mencukupi untuk pihak yang terbabit memaafkan diri ini. Terima kasih.
|
|
|
|
|
|
|
|
shila kekwat ke abam nara kekwat neh?? |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa bkn dgn shila amzah & fmly je yg abg nara patut mintak maaf. |
|
|
|
|
|
|
|
apa yang si Nara ni buat kat Shila Amzah pulak...? |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la jugak. Tak payah la nak tulis ape ape lagi pasal shila ni
Biar la dia.... Jgn nanti blue org dah lupe terkedek kecek mintak coverage |
|
|
|
|
|
|
|
padah mencilok spekuan dr forum tanpa merujuk pada retis terlebih dulu hal sebenar...PADAN MUKER |
|
|
|
|
|
|
|
Hari jumaat cakap elok elok.. |
|
|
|
|
|
|
|
ala.. Shila n Family pun poyo sgt.. mendiva sgt.. mhmhm.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa pasat pulak ni shilalat...
Apa nara tulis? |
|
|
|
|
|
|
|
Wat hepenggg bangnara smpi merajukk heols |
|
|
|
|
|
|
|
Akhaa lah.. Nara buat apa? |
|
|
|
|
|
|
|
ini post dari blog Nara sebelum tu:
Shila Amzah Digam Stesen Televisyen China?
by Bella
Shila Amzah yang sebelum ini telah memboikot media Melayu di Malaysia dikhabarkan telah digam oleh pihak televisyen China kerana imej bertudung beliau tidak sesuai dengan negara yang mengamal Komunisme. Berita ini mula diketahui menerusi forum popular tempatan iaitu Cari.
Namun, bapa kepada Shila Amzah telah tampil memberikan penjelasan bahawa anaknya itu menerima layanan yang cukup baik oleh media China. Malah, Shila bakal mengadakan persembahan di Beijing pada hari Sabtu ini.
Bagi saya, semua orang mempunyai kebebasan untuk berkata-kata. Contohnya ketika insiden MH370 tahun lalu, ramai orang kata Shila tidak diterima di China sedangkan kami dilayan sangat baik. Begitu juga dengan perkara ini. Kami akan bertolak ke China lusa ini (Sabtu) untuk mengadakan persembahan di Beijing TV.
Kadang-kala orang yang menyebarkan perkara ini, mereka ada agenda tersendiri. Lagipun perkara sebegini bukan perkara baru. Usaha yang lebih terarah kepada perkara negatif ini sudah lama berlaku.
Pada pendapat kami, mungkin ada benarnya media di luar negara kadang kala lebih menghargai bakat artis tempatana. Namun, jangan pernah lupa jasa dan sokongan media Malaysia yang sudah bertahun lamanya membantu menaikkan nama seseorang artis itu sehingga boleh berdikari di negara asing. |
|
|
|
|
|
|
|
pasal ape nie?..tetiba macam tak tau crita n tetiba mintak maap?.. |
|
|
|
|
|
|
|
narok tulih citer shilalat kena gam dgn tv china kuminis sbb pakai tudung...forum cari yg cakap katanya sudahnya kena mintak mahap
|
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka Nara tu lah suka sangat cilok cerita kat Forum. Lain kali bertanggungjawaplah sikit dengan berita yang nak ditulis jangan tulis berdasarkan hearsay saja. |
|
|
|
|
|
|
|
hzln replied at 6-3-2015 11:28 AM
narok tulih citer shilalat kena gam dgn tv china kuminis sbb pakai tudung...forum cari yg cakap ka ...
Cilok kat forum lewtewww...
Selayaknyalah...
|
|
|
|
|
|
|
|
pdah la meniru tapi xsmart... hahhahaha kat U dulu ni mesti bang nara buat esaimen copy paste dr tenet tanpa edit..pastu hantar je..
kehkehkeh |
|
|
|
|
|
|
|
cilok lagi la nara oi...
padahal benang tu sekadar pertanyaan je, bukan tuduh terus...
adehla~~
nak tiru tapi tak bijak.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|