Sebuah prototaip peranti Blackberry dengan papan kekunci luncur diperlihatkan minggu ini dan ianya mendapat reaksi yang positif dari peminat mereka. Dari beberapa gambar yang diperlihatkan peranti yang masih belum mempunyai nama rasmi ini mempunyai papan kekunci yang meluncur atas dan kebawah. Pengguna boleh memilih untuk menggunakan kekunci atas skrin ataupun fizikal mengikut kehendak mereka. Di bawah ialah konsep Blackberry L oleh Andrew Zhilin. Ia adalah gabungan skrin empat segi Blackberry Passport dan papan kekunci fizikal yang berputar apabila ingin digunakan. Rekaan ini pernah digunakan pada Nokia 7705 yang dikeluarkan pada tahun 2009. Adakah peranti dengan papan kekunci fizikal luncur bakal popular semula di pasaran? Sejak kebelakangan ini peranti dengan rekaan retro mula muncul di pasaran.Januari lalu LG menghasilkan semula peranti boleh lipat LG Ice Cream Smart yang menggunakan sistem operasi Android.