CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1572|Reply: 0

REAL IDAM GEGAR LIGA FAM

[Copy link]
Post time 6-3-2015 12:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Nusantara77 at 6-3-2015 12:27 PM



Meskipun berstatus pendatang baharu dalam saingan Liga Malaysia, Real Mulia FC tekad memberi tentangan sengit merebut kejuaraan Piala FAM 2015 yang bakal membuka tirai secara rasmi pada 8 Mac ini.
Bukan memandang enteng kekuatan pasukan lain, namun Ketua jurulatih RMFC, Yunus Aliff optimis pasukannya mempunyai rencah yang diperlukan untuk mengharungi kempen Piala FAM 2015 dengan jayanya.
“Kita sedar kita pasukan mentah, tetapi dalam tempoh dua bulan pasukan ini dibentuk banyak peningkatan sudah dapat kita lihat. Dari aspek mental, moral, keyakinan, disiplin, komitmen semuanya bertambah baik.
“Kita tiada nama besar (pemain), tetapi kita ada pemain yang berpengalaman luas dalam Liga-M untuk menjadi pemain tonggak kita. Khairan Ezuan, Hazrul Shah, Badrulhisani adalah antaranya dan saya percaya kita boleh beri tentangan sengit mencabar kejuaraan,” ujar Yunus yang pernah melatih Pahang, Terengganu dan Perlis.


Antara pemain berpengalaman lain yang memperkuatkan Real Mulia FC musim ini adalah bekas penjaga gol sensasi kebangsaan Syamsuri Mustafa, pemenang pingat gangsa Sukan Sea 2003 Shahril Faizal Sharifuddin, bekas penyerang Terengganu Wan Aliff Jasmi, Amri Fasal Mohd Nor yang pernah menyarung jersi Perlis selain turut merekrut bintang dalam pembikinan, Ash Hameed yang sebelum ini beraksi bersama Kelantan.
Untuk rekod, Real Mulia tidak mengharungi sesi pra-musim yang baik apabila mencatat hanya dua kemenangan dalam lapan perlawanan namun Pengarah Teknikal RMFC, Alistair Edwards berpendapat keputusan pada perlawanan pra-musim bukan ukuran kekuatan sebenar pasukan.
“Kita tidak pernah fokus pada keputusan perlawanan persahabatan, kerana fokus kita adalah membentuk asas yang bagus untuk pasukan ini. Tiada guna kita fokus menang setiap perlawanan jika tiada asas yang baik.


“Setiap perlawanan, kita analisa, kita kaji apa yang perlu ditambahbaik dan saya gembira kini kita sudah memberikan pemain asas dan motivasi yang bagus. Kini mereka beraksi dengan lebih tenang, lebih yakin sejak beberapa perlawanan lalu. Ini petanda baik dan mereka akan menyerlah tepat pada masanya,” ujar lagenda bola sepak Singapura dan Sarawak ini.

Real Mulia akan membuka tirai Liga FAM 2015 dengan menentang Sungai Ara FC di gelanggang sendiri pada 8 Mac ini dan keyakinan cukup tinggi di kem ‘The Kings’ betapa mereka akan dapat memulakan penglibatan dalam saingan Liga-M dengan langkah kanan.

kredit:www.duniasukan.com



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.054392 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list