CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2274|Reply: 0

20 PEMAIN FUTSAL DIPANGGIL MENJALANI LATIHAN PUSAT

[Copy link]
Post time 6-3-2015 12:17 PM | Show all posts |Read mode


Ketua jurulatih futsal negara, Marcelo Serpa menyenaraikan 20 orang pemain untuk menjalani latihan pusat bermula dari 17-25 Mac di Wisma FAM dan Kompleks Sukan Negara di Seksyen 21, Shah Alam.
Menurut kenyataan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pemain yang tersenarai perlu melaporkan diri menjalani latihan pada 17 Mac di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Skuad futsal kebangsaan dijangka akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Thailand pada bulan April dan Jepun pada bulan September serta mengambil bahagian dalam perlawanan Quadrangular Invitational di New Zealand, Julai ini.
Perlawanan persahabatan ini adalah sebahagian daripada persediaan skuad kebangsaan untuk Kejuaraan Piala Konfederasi ASEAN di Jakarta, Indonesia yang akan bermula dari 8 hingga 18 Oktober.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Timor Leste, Brunei, Indonesia, Singapura dan juara bertahan, Thailand manakala Kumpulan B pula diletakkan Australia, Vietnam, Laos, Myanmar dan Filipina.

kredit:www.duniasukan.com




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.050407 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list