CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1607|Reply: 2

NICOL TUMPAS DI TANGAN PEMAIN MESIR

[Copy link]
Post time 6-3-2015 12:18 PM | Show all posts |Read mode

Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David kini terpaksa menunggu satu lagi kejuaraan Jelajah WSA ke-80 setelah ditewaskan oleh pemain skuasy dari Mesir, Raneem El Weleily dalam peringkat akhir kempen Windy City Terbuka di Chicago hari ini.

Juara No 2 dunia, El Weleily berjaya menamatkan perlawanan dengan kemenangan 11-16, 12-10, 11-7, dan 11-7 dalam masa 58 minit.
Ia adalah kemenangan keempat El Weleily terhadap pemain di tangga teratas dunia dalam 22 pertemuan dengan tiganya daripada perlawanan peringkat akhir.
Nicol, 31, bagaimanapun terpaksa menerima kekalahan buat kali kedua yang sebelum ini dikalahkan dalam suku akhir Tournament of Champions pada Januari menentang Alison Waters dari England.

Pemain daripada Mesir itu juga pernah mengalahkan Nicol dalam pusingan akhir Kejuaraan Dunia di tempatnya sendiri iaitu Kaherah, Mesir pada Disember lalu dan sekali lagi di final Cleveland Classic bulan lepas.
kedua-dua pemain akan kembali bersaing pada perlawanan British Open yang akan berlangsung pada bulan Mei nanti.

kredit:www.duniasukan.com




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2015 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpe DN DA Kaye dia BG can kt org lain lak
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 01:04 PM | Show all posts
Aku harap kita dah ada pengganti Nicol. Begitu jugak pengganti Lee Chong Wei.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.427603 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list