View: 809|Reply: 0
|
[Dunia]
Seorang maut, 9 cedera dalam serangan pisau di luar Stesen Kereta Api
[Copy link]
|
|
Anggota separa tentera yang lengkap bersenjata, membuat kawalan ketat di luar Stesen Kereta Api Guangzhou, susulan serangan pisau yang mencederakan sembilan orang, pagi tadi. - Foto Reuters
BEIJING, 6 Mac:
Sembilan cedera, apabila sekurang-kurangnya dua penyerang yang bersenjatakan pisau mengelar dan menikam orang ramai di luar Stesen Kereta Api Guangzhou, di Wilayah Guangdong, pada Jumaat.
Susulan itu, polis menembak mati seorang daripada suspek lelaki itu, manakala seorang lagi penyerang ditahan polis.
Menurut pihak berkuasa keselamatan awam Bandar Guangzhou, serangan itu berlaku pada waktu puncak, iaitu jam 8.18 pagi tadi (waktu tempatan).
Identiti penyerang, motif dan punca serangan itu masih dalam siasatan.
Anggota polis mengawal di lokasi serangan, di luar Stesen Kereta Api Guangzhou. – Foto Reuters
Ini adalah siri serangan bersenjatakan pisau terbaru yang membelenggu China
Satu serangan pisau sama turut berlaku di sebuah stesen kereta api di Bandar Kunming, barat daya China, pada Mac tahun lalu, menyebabkan 29 maut dan lebih 140 lagi cedera.
Pihak berkuasa menyalahkan puak pemisah dari Wilayah Xinjiang atas serangan itu.
China turut berdepan satu siri serangan bersenjatakan pisau yang menyasarkan kanak-kanak sekolah, akibat individu mengamuk disebabkan masalah peribadi.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|