CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1855|Reply: 8

[Dunia] Jangan salahkan pemaju swasta

[Copy link]
Post time 7-3-2015 01:41 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 6 Mac - Pembinaan rumah-rumah mampu milik sebaiknya dikendalikan oleh kerajaan berbanding pemaju-pemaju hartanah swasta yang secara amnya lebih terarah untuk mengaut keuntungan, menurut Presiden Institut Ejen-ejen Hartanah Malaysia (MIEA), Siva Shanker.

Katanya, semua pihak tidak boleh menyalahkan pemaju-pemaju hartanah swasta kerana tujuan mereka adalah untuk mencatatkan keuntungan dan adalah tidak sesuai untuk menggalakkan pihak swasta membangunkan rumah mampu melalui pemberian subsidi.

“Mereka (pemaju-pemaju hartanah swasta) adalah kapitalis, tetapi tidak semua dan kerja mereka ialah mencari keuntungan. Jika mahu memperkenalkan undang-undang tertentu bagi menghalang mereka mengaut keuntungan adalah tidak sesuai. Jika sesiapa menjadi pemaju, tentulah keuntungan yang dicari

“Saya rasa rumah mampu milik dan rumah kepada golongan berpendapatan rendah sebaik-baiknya diuruskan kerajaan. Biarlah syarikat swasta memaksimumkan kemampuan mereka untuk mengaut keuntungan. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini, tetapi inilah pandangan saya,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Konvensyen Hartanah Tahunan Malaysia 2015 (MAREC 2015) di sini hari ini.

Konvensyen itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong.
Advertisement

Kata Shanker lagi, ketika ini wujud kekeliruan kategori rumah mampu milik di negara ini apabila rumah berharga antara RM350,000 hingga RM450,000 sebuah dianggap sebagai rumah mampu milik.

“Sepatutnya rumah mampu milik berharga antara RM150,000 hingga RM250,000 sebuah. Jika seorang suami mempunyai pendapatan setakat RM3,000 sebulan saya tidak merasakan dia mampu membeli rumah berharga antara RM350,000 hingga RM450,000 sebuah.

“Kalau ditambah lagi de­ngan gaji isteri RM3,000 sebulan, masih belum cukup untuk membeli rumah berharga RM350,000 hingga RM450,000 sebuah. Harga yang sesuai kepada mereka sebenarnya ialah RM150,000 hingga RM250,000 sebuah,” katanya lagi.

Dalam pada itu katanya, MIEA menjangka harga rumah serta aktiviti pembelian rumah akan mula meningkat pada 2016 dan 2017 sebelum mencapai kemuncak pada 2018.

Katanya beliau, hal itu bersangkut paut dengan penekanan kerajaan untuk menggalakkan pembinaan rumah mampu milik sejak kebelakangan ini terutama menerusi agensi-agensi yang telah dilantik.

Sementara itu, Tee Yong dalam ucapannya berkata, mengikut data yang dikumpulkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic), indeks peningkatan harga rumah tempatan pada suku ketiga 2014 hanya pada kadar 4.6 peratus berbanding 12.2 peratus pada suku yang sama 2013.

Katanya, peningkatan yang lebih perlahan itu hasil beberapa langkah kerajaan untuk mengawal spekulasi harga rumah seperti pelaksanaan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT), pinjaman bank 70 peratus untuk pembelian rumah ketiga serta harga minimum yang boleh dibeli rakyat asing dinaikkan kepada RM1 juta.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2015 02:07 AM | Show all posts
- pemaju swasta fokus pada keuntungan tu pasal harga mahal. So  tak boleh salahkan diorg
- rumah mampu milik sekitar RM150K ~ RM250K
- Harga rumah naik 2016,2017.Peak pada 2018. Dah tu apasal cerita pasal rumah mampu milik??

Apa benda dia nak sampaikan sebenarnya?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 02:45 AM | Show all posts
Point yang dia nak sampaikan ada kat perenggan pertama jer. Yang len len tu nasik minyak berair.
Pembinaan rumah-rumah mampu milik sebaiknya dikendalikan oleh kerajaan berbanding pemaju-pemaju hartanah swasta yang secara amnya lebih terarah untuk mengaut keuntungan, menurut Presiden Institut Ejen-ejen Hartanah Malaysia (MIEA), Siva Shanker.




Perenggan yg lain-lain tu sila abaikan.

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
klo x silap aku ade je syarikat umah berkaitan kerajaan cm spnb,sime darby, jkp pe.lgk,suma jual mahal2.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 08:05 AM | Show all posts
Bukan dalam syarat pembangunan telah diperuntukkan, bahawa jika tanah yang didevelop lebih dari keluasan sekian2 wajib ada portion utk kos rendah/medium. Takkan pemaju nak kira untung berlipat ganda. Kena contribute juga utk subsidi.   Pelahap betul.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 08:12 AM | Show all posts
aku setuju.

private developer buat rumah orang kaya. ikut suka dialah nak charge. kalau tak suka jangan beli.

gomen buat PPRT.

settle.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2015 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Tmpt iols ni umah rege 700k++ pon sold out.. Lot kedai juta2 pon sold out.. Cina la yg byk beli..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 7-3-2015 08:12 AM
aku setuju.

private developer buat rumah orang kaya. ikut suka dialah nak charge. kalau tak suka  ...

nk dok kl/selangor tp nk hrga umah murah. ape kata, sruh letak hrga umah rm50k tres setingkat kat area jelebu. kwasan ceruk pon mcm ape harga ni x abes slahkan hrga umah kat kl ngn slangor. bkn xmmpu beli umah kat kl ngn slgor tp smua nk umah idaman tres due tgkat kat area situ mmg xdpt la. klo gaji 6k pon tp klo hnye mmpu beli apartment kt slgor/kl beli jela. ni x, meroyan je. nk dok kl/selangor sbb nk cter kat org kg yg die brjaya kat lembh klang. umah bsar, stiap hari mkn tmpt best2. xmmpu beli umah pon slahkan krajaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2015 03:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Takda maknanya gomen nak jual rumah mampu milik kalau boleh jual rumah berjuta2. Patutnya stop selling to investors. Dulu2 mak ai cakap developer kena buat rumah murah dulu sebelum boleh buat rumah mahal. Tu yg ada kawasan elit tu sebelah flat je walaupun sama developer. Skrg ni...kalau dekat segambut tu semua nak jadi harga mont kiara. Elok2 kawasan nama tradisi nak nama macam kat LA. Brrangan je developer apek2 ni. Nanti masa nak launching sibukla buat offering kat ancestors padahal takde pun ancestors diorang kat kawasan melayu asalnya tu. Oops..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.218985 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list