CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6528|Reply: 27

kisah hameed dan cikgunya....

[Copy link]
Post time 8-3-2015 03:22 PM | Show all posts |Read mode
Pada suatu hari ada seorang budak bernama Hameed yang tinggal di sebuah kampung di Perak. Kesemua rakan-rakannya benci dengan kebodohannya terutama sekali guru kelasnya iaitu Noraini. Guru kelasnya selalu memarahi Hameed dengan berkata "Cikgu dah tak tahu nak buat macam mana dengan awak ni Hameed". Pada suatu hari ibu Hameed datang ke sekolah untuk melihat bagaimana keadaan Hameed di sekolah. Cikgu Noraini berterus-terang dengan ibu Hameed bahawa Hameed sudah tidak dapat dilakukan apa-apa usaha lagi terhadapnya. Ibu Hameed kecewa dengan kenyataan tersebut lalu terus membawa Hameed keluar dari sekolah itu dan berpindah ke daerah lain. 25 tahun kemudian, Cikgu Noraini mengalami masalah jantung, dan ramai doktor mencadangkan dia ke pakar sakit jantung untuk membuat pembedahan, dan hanya ada seorang doktor sahaja yang sangat pakar dengan pembedahan tersebut. Cikgu Noraini tiada pilihan lalu bersetuju untuk melakukan pembedahan tersebut, dan sekaligus pembedahan tersebut berjaya. Ketika dia membuka matanya, dia melihat ada seorang doktor yang kacak berada di sampingnya merenung Cikgu Noraini sambil tersenyum. Cikgu Noraini masih lagi dalam keadaan lemah ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor tersebut tetapi terlalu lemah untuk mengeluarkan suara. Semasa mereka saling merenung antara satu sama lain, doktor muda itu mendapati muka Cikgu Noraini kelihatan lebam kebiru-biruan seakan lemas. Cikgu Noraini cuba mengangkat tangannya dengan keadaan yang bersusah payah untuk memberitahu sesuatu. Doktor muda itu terkejut dan cuba memahami apa yang sedang Cikgu Noraini cuba bagitau, lalu doktor muda tersebut memandang ke belakang dan mendapati Hameed yang bekerja sebagai cleaner hospital telah mencabut plug alat bantuan pernafasan untuk meletakkan plug vakum dia... Jika anda fikir Hameed adalah doktor muda tersebut, ini adalah kerana anda terlalu banyak menonton filem Tamil atau Hindustan, atau terlalu banyak membaca buku-buku motivasi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2015 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha sy bnyk tgk cite Hindustan..mmg ingat hameed tu doktor tesebot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2015 03:55 PM | Show all posts
miabebe replied at 8-3-2015 03:26 PM
Hahaha sy bnyk tgk cite Hindustan..mmg ingat hameed tu doktor tesebot

hahaha .. rasanya semua org pikir cmtu ..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 04:37 PM | Show all posts
hahhaaa...ai tak tgk citer tamil@hindustan...tapi buku motivasi mmg tepat sekali....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 06:06 PM | Show all posts
Suspen lah.....rupanya cleaner saje dia....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kah3
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2015 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha, nasib ada org kt situ.. Kalu tak lemas terus.. Hameed2..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 09:31 PM | Show all posts
hahahahaha..

dah agak hamed bukan dic, tp tak sgka cleaner..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2015 10:10 PM | Show all posts
ahahahaaa....tu la cikgu tak nak ajar hamid sampai pandai.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Deyy..
Apedaaa hameeeddd.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Har har har... infatkan doc tu hameedd... ingat dia nak balas dendam ke ckg dia... ceh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 08:19 AM | Show all posts
hameed dah berjaya menjadi cleaner yang berjasa kpd masyarakat...... takpelah meed, besar pahala kerana memudahkan hidup org lain , yg cabut plug tu pun tak sengaja, pasai apa nurse guna plug tu, tukan dah dikhaskan utk vacum cleaner.......
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
hameed ni keturunan mamak ke? huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 12:21 PM | Show all posts
hahaha.. tersasar telahan
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 02:21 PM | Show all posts
ingatkan...hameed tu akan katakan pada cikgu tu..
"cikgu, lihatlah hameed skrg..hameed telah menjadi doktor"

hehehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 02:34 PM | Show all posts
ceh daku pun ingat doktor itu hameed...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2015 02:46 PM | Show all posts
klu sume org cerdik pandai..jd doc..lawyer..cikgu..blaa...blaa..

saper nak jadi cleaner..hameed kannnnn
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 03:50 PM | Show all posts
Hahahhahaha btol la tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2015 03:56 PM | Show all posts
korang semua jgn risau..mmg sume akan berpikiran sama mcm korang pon...kehkehkehkeh

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 04:02 PM | Show all posts
Kesian si Hameed tu...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 1.070203 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list