Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

ib-instaforex Lv.9

Fav
Adventurer | Credits 3386   

IBU mangsa, Ong Kai Yun dan mangsa, Kee Shao Ming (gambar kecil). - Foto Mohd Azren Jamaludin

Johor Bahru: Sepasang suami isteri mendakwa sebuah pusat penjagaan kanak-kanak cuai sehingga mengakibatkan anak lelaki mereka yang berusia tujuh tahun meninggal dunia akibat tercekik ketika makan cekodok pisang di pusat itu Jumaat lalu.

Ibu mangsa, Ong Ki Yul, 32, berkata anak bongsu daripada dua beradik itu, Kee Sau Ming disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), dekat sini, selepas di bawa dari pusat penjagaan terbabit selepas muntah dan pengsan.

"Kira-kira jam 7.30 pagi, saya menghantar Sau Ming dan kakaknya berusia lapan tahun ke pusat jagaan di Austin Perdana di sini, bersama bekalan makanan cucur pisang kerana mereka bersekolah pada sesi petang di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Foon Yew 5 di Taman Mount Austin.

"Kira-kira jam 8 pagi ketika saya dalam perjalanan ke tempat kerja selepas menghantar mereka, petugas di pusat jagaan menghubungi saya dan memberitahu Sau Ming muntah sebelum pengsan," katanya ditemui di rumahnya di Taman Setia Indah, di sini hari ini.

Ki Yul berkata, dia yang panik dengan berita itu kemudiannya terus mengarahkan petugas terbabit supaya menghantar anaknya ke HSI bagi mendapatkan rawatan.

"Saya tiba di HSI setengah jam kemudian sebelum mendapati anak saya berada di dalam wad kecemasan. Doktor memberitahu peluang anak saya untuk hidup amat tipis dengan bibir dan semua kukunya sudah berubah kepada warna hitam.

"Selepas 12 jam dirawat, doktor mengesahkan Sau Ming sudah tiada dan mereka turut menemui ketulan cucur pisang tersekat di rongga pernafasannya," katanya.

Ki Yul berkata, dia dan suaminya, Kee Yong Wen, 43, kecewa dengan pusat penjagaan terbabit yang disifatkan cuai sehingga mengakibatkan kematian anaknya.

  "Kedua-dua anak saya ditempatkan di pusat penjagaan terbabit sejak Disember lalu kerana saya dan suami bekerja. Mereka dijaga pada waktu pagi saja sementara menunggu untuk ke sekolah pada sesi petang.

  "Kini, anak bongsu saya sudah tiada. Sau Ming seorang yang ceria dan bijak di sekolah. Satu-satunya anak lelaki saya sudah tiada," katanya yang membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Setia Indah di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan kejadian dan memberitahu kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). -bharian-
8001 Views
57 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


belilies Lv.14 2#

Fighter | Credits 20759   
Jenuh aku carik umo mendiang sau ming.

Rip adek. Damai mu di sana.

Takziah kpd keluarga dia.

mikasa Lv.13 3#

Challenger | Credits 15701   
Camana boleh muntah kalau ada menda tersangkut kat tekak yer. Sapa doktor sila jelaskan.

Biasa budak2 dok bergurau waktu tengah makan..


Tapi pelik kenapa kata pusat jagaan cuai..bukan hari pertama dia htr

FanTasyCreaTioN Lv.21 4#

Oldtimer | Credits 417787   
Quote: belilies replied at 8-3-2015 10:43 PM
Jenuh aku carik umo mendiang sau ming.

Rip adek. Damai mu di sana.
Quote: Sepasang suami isteri mendakwa sebuah pusat penjagaan kanak-kanak cuai sehingga mengakibatkan anak lelaki mereka yang berusia tujuh tahun meninggal dunia akibat tercekik ketika makan cekodok pisang di pusat itu Jumaat lalu.
7 tahun kat artikel

Follow Us

alieyrina Lv.13 5#

Challenger | Credits 19794   
Budak tu lapaq sgt kut mkn cekodok polok2 camtu ... dah sampai ajal  

baru td mkn cekodok ...sedapp  

fcl29 Lv.11 6#

Highlander | Credits 7120   
cekodok tu pon bekalan sndr.. xkan salah pengasuh kot.. salah mak la yg buat cekodok tu besar sgt

FanTasyCreaTioN Lv.21 7#

Oldtimer | Credits 417787   
Quote: Shao Ming was rushed to the Sultan Ismail Hospital and was dead upon arrival.

Ong said that she was shocked when told that a piece of banana fritter was found stuck in his throat.

“Even the doctors were shocked as to why the teacher (at the day care) did not alert them of the food as they could have saved my son if they had known the reason,” she added.
sumber

ADVERTISEMENT


faraway1 Lv.15 8#

Gladiator | Credits 38233   
orang yang jaga budak tu tak tahu apa kena buat kalau budak tercekik ke apa...

miabebe Lv.12 9#

Defender | Credits 10736   
Cokodok mummy telebih tepung

~anya~ Lv.13 10#

Challenger | Credits 19035   
Mak dia buat cekodok sebesar penumbuk kah?

bobby2008 Lv.8 11#

Honour | Credits 2775   
Kalau dah ajak terima jelah qada dan qadar.

Budak tu pun confirm masuk syurga

lasagnaklcc Lv.14 12#

Fighter | Credits 23689   
Kalau muntah mmg tak terkeluar skali ek cekodok yg tersangkut tu? Rasanya diorg pon taktau bdk tu tercekik... Tak psl salah taska.

rogayahtop Lv.10 13#

Survivor | Credits 6579   
Dah 7 tahun dah besar jugak dah tu..kesiannya
Semoga famili bertabah.

Artemesiaa Lv.17 14#

Superior | Credits 57949   
Takziah pada keluarganya, mesti mereka sedih sangat nak2 baru je habis merayakan tahun baru cina

arira_arora Lv.11 15#

Highlander | Credits 7875   
dah beso kot budak tu..... pastu mcm ckp... bkn sahari 2 die p anto anak die kt pusat jgaan tu,.... ni main3 tk sedar kot...tp takziah la...

ADVERTISEMENT


Felycya Lv.18 16#

Master | Credits 75619   
Mama die gentel cekodok
Sebesar kodok kot.

Besar2 sgt pon budak payah
Nk giget, makin besar makin
Rakus dia mamah, budak dh lapar, dia tau sedap aje, sbb tu kena ajar adab ngan tertib makan mengadap rezeki sejak dari kecik lagi.

ajinomotonosuga Lv.19 17#

Emperor | Credits 81967   
Quote: Felycya replied at 9-3-2015 12:08 AM
Mama die gentel cekodok
Sebesar kodok kot.

tu pasal sunnah nabi ajar makan sikitttttttt..amik sikitttt , kendian kunyah pelan2 lelama kasik hadammmm..baru telannn..jangan sertai minum air..tak elok

jari ada 5 tapi guna 3..so makna amik sikit

banyak buahan di arab tu tapi guna buah tamar untuk buka puasa

so masa perut lapar..hati2, make sure makan mende kecik2 or sikitttt.. kalo umpama buahan, sebiji pisang lebih besar dari sebiji kormak..so makan korma sebiji lagi bagus untuk penghadaman masa perut kosong

terutama masa bangun tidoq..itu pun break the fast..breakfast..so makan sikit..dari buahan..kalo pisang misalnya..kunyah sikit2..slow2

ni ler sunnah nabi..manusia paling baik akhlak di muka bumi selamanya

kalo makan nasik guren misal nya or nasik lemak..better guna sudu dari guna jari..pasei guna sudu jumlah masuk lagi sikit..lagi mudah hadam dan kunyah

so masalah tercekik pasti terhindar kalo manusia ikut sunnah nabi makan

bukan tokleh ko amik 3 jari ngap ngap suap tuu..bulehhh tapi tersirat lebih banyak dari tersurat.. bukan literal meaning pakai 3 jari..dah tu nak makan soto ayam or lontong pakai 3 jari ke? kalo ada sendok beso ..ladel tu dengan sudu ko nak pakai mana? pakai sudu tu sunnah nabi laa

Felycya Lv.18 18#

Master | Credits 75619   
Quote: ajinomotonosuga replied at 9-3-2015 12:30 AM
tu pasal sunnah nabi ajar makan sikitttttttt..amik sikitttt , kendian kunyah pelan2 lelama kasik h ...

Tu la pasal,
Biarlah bersederhana dalam setiap
Segi, ini tidak...
Bila lapar klu boleh ngan jari jemari
Nk di telannye...
Klu buah pisang tu dua kali ngap
Jee..

Hahahahadoi...

Bace bismillah, bace doa makan dulu,
Makanlah ngan tenang..

raxief Lv.11 19#

Highlander | Credits 9228   
baru aku tau org cina pun buat cekodok

mommymonster82 Lv.15 20#

Gladiator | Credits 39629   
Cekodok wajib diharamkan...
123Next