CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1489|Reply: 0

Guardini juara perlumbaan peringkat kali ke-15

[Copy link]
Post time 9-3-2015 12:44 AM | Show all posts |Read mode


PELUMBA pasukan Astana Pro Tour dari Kazakhstan, Andre Guardini menampilkan kayuhan bertenaga untuk mencatat rekod baharu saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) apabila menjuarai perlumbaan peringkat buat kali ke-15 hari ini.
          
        Pelumba Itali berusia 25 tahun itu yang membuat penampilan kelimanya berturut-turut pada LTdL, melakukan pecutan bergaya 200 meter ke garisan penamat untuk menjuarai peringkat pertama edisi kali ini, yang bermula dan berakhir di Pantai Cenang di sini, dengan masa 2 jam 19 minit dan 6 saat.
          
        Lebih manis lagi, selain dinobatkan pemenang Jersi Kuning selaku pendahulu keseluruhan, Guardini turut meraih Jersi Biru sebagai Raja Pecut apabila
        mengutip 15 mata menerusi tiga zon pecutan di Teluk Ewa, Air Hangat dan Kuah.
          
        Tempat kedua milik pelumba pasukan Orica GreenEdge, Caleb Ewan manakala tempat ketiga disandang pelumba negara, Anuar Manan yang mewakili Pasukan Berbasikal Terengganu.
          
        Ketiga-tiga pelumba teratas berkenaan mencatat masa yang sama selepas menamatkan perlumbaan dalam kelompok.
       
        Untuk rekod, Guardini memenangi lima perlumbaan peringkat pada edisi 2011; enam kemenangan pada 2012 dan tiga perlumbaan peringkat pada tahun lepas.
          
        Sementara itu, Guardini yang dinobatkan Raja Pecut pada 2011 dan 2012, berkata kemenangan pada perlumbaan di pulau peranginan itu hari ini amat bermakna kepadanya.
          
        "Saya memenangi peringkat pertama di Langkawi pada 2011 dan saya sungguh gembira mencatat kemenangan kedua di sini. Ia juga perlumbaan istimewa kepada saya selepas prestasi membanggakan pada Tour de Dubai dan Tour of Qatar awal tahun ini," kata Guardini.
          
        Beliau berkata walaupun terpaksa berdepan keadaan cuaca terik pada perlumbaan kali ini, ia tidak menjejaskan rentak kayuhannya kerana pernah menghadapi keadaan cuaca yang sama pada beberapa kejohanan sebelum ini.
          
        "Kami membuat persiapan rapi untuk perlumbaan kali ini dan segala persediaan semasa latihan sebelum ini membuahkan hasil," kata Guardini yang memuji prestasi yang dipamerkan pelumba pecut muda dari Australia, Ewan.
       
        Berkongsi pandangan yang sama ialah pemenang Jersi Merah selaku Raja Bukit, Kiel Reijnen daripada UnitedHealth Care Pro Cycling Team, yang menyifatkan perlumbaan LTdL kali ini sukar dijangka berikutan peningkatan prestasi barisan pelumba muda.
          
        "Saya hanya mencuba jika mendapat peluang dan saya berharap dapat menampilkan kayuhan yang baik pada perlumbaan seterusnya," kata pelumba kelahiran Amerika Syarikat berusia 28 tahun itu.
          
        Esok, kesemua 132 pelumba akan bersaing pada peringkat kedua dengan jarak 185km dari Alor Setar ke Sungai Petani, melibatkan tiga zon pecutan di Kuala Nerang, Tandop Besar dan Pokok Sena serta dua zon pendakian di Jeniang dan Bukit Selambau. - Bernama

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.915782 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list