CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1438|Reply: 0

Tenis: Dulgheru terus mencipta kejutan

[Copy link]
Post time 9-3-2015 12:46 AM | Show all posts |Read mode
PEMAIN bukan pilihan, Alexandra Dulgheru dari Romania terus mencipta kejutan apabila mara ke perlawanan akhir kejohanan tenis Terbuka Malaysia BMW 2015 selepas menewaskan pilihan keempat Jarmila Gajdosova dari Australia pada separuh akhir, semalam.
       
        Namun, kejayaan yang dicipta Dulgheru itu bukannya mudah kerana terpaksa berhempas pulas selama tiga jam 14 minit, sebelum mengenepikan cabaran Gajdosova 5-7, 7-5, 7-6(4).
       
        Menanti Dulgheru pada perlawanan akhir yang berlangsung di Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC) esok, ialah pemain pilihan utama Caroline Wozniacki dari Denmark.
       
        Wozniacki mara ke pentas final selepas menumpaskan juara Terbuka Malaysia BMW 2012, Hsieh Su-Wei dari Taiwan 6-2 6-2 pada satu lagi aksi separuh akhir yang berlangsung selama satu jam 17 minit.
       
        "Secara jujur, saya tidak percaya dapat memenangi perlawanan malam ini. Saya sungguh gembira dan pada masa sama, saya berasa gementar serta kecewa akibat keletihan menyebabkan pergerakan saya perlahan.
       
        "Saya terus berusaha sehingga tamat perlawanan tetapi saya benar-benar letih. Saya mengakui bahawa pukulan servis beliau (Gajdosova) amat baik," kata Dulgheru.
         
        Sebelum ini, Dulgheru mengejutkan pemain pilihan kedua Sabine Lisicki dari Jerman pada pusingan pertama, menewaskan pemain China, Duan Ying-Ying di pusingan kedua dan menumpaskan pilihan kelapan dan pemain ke-65 dunia, Julia Goerges 7-6(5) dan 7-5 di suku akhir.
       
        Dulgheru memenangi lapan gelaran perseorangan serta tiga gelaran beregu Sirkit Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF), selain dua kejuaraan perseorangan kejohanan Persatuan Tenis Wanita (WTA), manakala Wozniacki meraih empat gelaran perseorangan ITF serta 22 gelaran perseorangan dan dua gelaran beregu kejohanan WTA.
         
        Untuk rekod, Wozniacki yang juga pemain ranking kelima dunia telah mengalahkan Dulgheru, yang berada di kedudukan ke-94 dunia, sebanyak dua kali dalam kejohanan WTA iaitu pada Terbuka Perancis 2010 dan Terbuka Qatar 2015.
       
        Berikut adalah keputusan Terbuka Malaysia BMW 2015:
          
            Separuh Akhir Perseorangan Wanita:
            ---------------------------------
          
            Alexandra Dulgheru (ROU) mn Jarmila Gajdosova (AUS) 5-7 7-5 7-6(4)
            Caroline Wozniacki (DEN) mn Hsieh Su-Wei (TPE) 6-2 6-2
          
            Separuh Akhir Beregu Wanita:
            ---------------------------
          
            Yuliya Beygelzimer (UKR)/Olga Sacvhuk (UKR) mn Darija Jurak (CRO)/Klara Koukalova (CZE) 6-1 6-1. - Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 4690 Replies : 28
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 12926 Replies : 165
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8797 Replies : 61
Sheriff kutip RM16 juta 5 hari
maklukpenggodaSheriff kutip RM16 juta 5 hari
Views : 7111 Replies : 98
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281056 Replies : 9523
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21515 Replies : 165
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54933 Replies : 2750
Gambar Hantu Zaman Kodak
tumpanglalu74Gambar Hantu Zaman Kodak
Views : 10082 Replies : 1
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 101294 Replies : 1536

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.051484 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list