CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1535|Reply: 0

Peringkat ke-7 LTdL 2015 ditukar ke Bukit Fraser

[Copy link]
Post time 9-3-2015 12:47 AM | Show all posts |Read mode


PERINGKAT ketujuh perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015 dari Shah Alam akan berakhir di Bukit Fraser dan bukannya di Genting Highlands, kata Pengarah Teknikal LTdL, Geoff Kronenburg.
          
        Beliau berkata keputusan itu dibuat berikutan kerja-kerja pembinaan di Genting Highlands, yang memaksa pihak penganjur kejohanan, Human Voyage Sdn Bhd, untuk menukar garisan penamat di Bukit Fraser bagi memastikan keselamatan semua pelumba.
            
        "Kami tetap memulakan peringkat ketujuh di Shah Alam dan meneruskannya hingga ke Janda Baik, Bentong sebelum menuju ke Bukit Fraser yang meliputi jarak keseluruhan 177 kilometer (km) (bukan 105.7km mengikut laluan asal).
          
        "Laluan baharu mengambil kira dua zon pendakian di Genting Sempah dan Bukit Fraser," katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dalam LTdL 2015, yang pelancarannya disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir di Dataran Lang di sini, semalam.‎
            
        Genting Higlands sentiasa menjadi acara kemuncak bagi LTdL sejak perlumbaan berbasikal itu dimulakan pada 1996 berikutan ketinggian kawasan itu.
       
        "Sebelum ini, kami mengadakan perbincangan mendalam dengan pihak pengurusan  Genting Highlands tetapi kerana kami perlu berurusan dengan jentera berat di tapak binaan di puncak Genting Highlands, kami berpendapat adalah lebih baik menukar venue garisan penamat bagi perlumbaan itu," kata Kronenburg.
            
        Beliau berkata semua pengurus pasukan telah dimaklumkan mengenai perubahan itu.
            
        Sambil menegaskan perubahan venue itu tidak memberi kesan kepada status perlumbaan 2.0 Hors Classe, beliau berkata ia akan menjadi perlumbaan terbuka bagi semua pelumba  termasuk pakar pecut atau pakar pendakian.
         
         "Perlumbaan ini pasti menarik kerana semua pasukan yang mengambil bahagian pasti mengubah strategi taktikal mereka dalam menuju peringkat akhir," katanya.
            
        Sementara itu, penaung LTdL, Tun Dr Mahathir Mohamad, bersetuju dengan keputusan yang diambil pihak penganjur itu demi keselamatan para pelumba yang bertanding pada edisi ke-20 itu.
            
        "Kita tidak dapat elak perubahan ini kerana ada kerja-kerja yang sedang berjalan naik ke Genting (Highlands)," katanya.
         
        "Jadi, untuk menjaga keselamatan pelumba dan penonton, kita terpaksa berpindah ke Bukit Fraser...kalau Cameron Highlands, itu terlalu jauh sangat," kata Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri.
            
        LTdL 2015 bermula hari ini dengan peringkat pertama, yang merangkumi jarak sejauh 99.2km, akan bermula dan berakhir di Pantai Cenang. - Bernama
       

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.316010 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list