CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5100|Reply: 0

[Falsafah] ...Pemikiran Humanisme...

[Copy link]
Post time 9-3-2015 08:13 AM | Show all posts |Read mode
Pemikiran Humanisme
Pengenalan

  • Humanisme adalah satu corak pemikiran yang berasaskan kepada individualisme  dan bersifat sekularistik.  Tujuan utamanya adalah untuk memartabatkan manusia sebagai individu yang mampu mengatasi masalah yang mereka hadapi di dunia ini  melalui penggunaan kekuatan pemikiran mereka sendiri.
  • Pemikiran humanisme sudah muncul sejak zaman Yunani lagi, tetapi telah dipinggirkan setelah agama Krisitian mendominasi corak berfikir orang Eropah sepanjang zaman pertengahan.Namun begitu, bermula pada abad ke-12 dan ke-13 , setelah berlakunya perkembangan perdagangan dan kemunculan semula bandar-bandar di Itali sebagai pusat perdagangan, pemikiran humanisme telah muncul semula.
  • Golongan borjuis yang menguasai pentadbiran bandar-bandar di Itali memberikan sambutan baik terhadap pemikiran tersebut.  Mereka menjadi penaung utama kepada golongan intelektual yang melakukan pengumpulan dan kajian ke atas karya-karya klasik.
  • Menjelang tahun 1400, sebahagian besar manuskrip klasik Yunani di temui dan dikumpulkan di pelbagai perpustakaan  di Itali.  Manuskrip kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Itali dan Latin. Hasilnya, bermula pada abad ke-15 sehingga pertengahan abad ke-17 humanisme muncul sebagai corak pemikiran yang dominan di benua Eropah.  Pemikiran ini dimanifestasikan melalui perbagai hasil kegiatan kesusasteraan, kesenian, pendidikan dan juga falsafah.
  • Selepas pertengahan abad ke-17, meskipun humanisme terus mencorakkan pemikiran Eropah, tetapi pengaruhnya tidak dominan lagi setelah munculnya corak pemikiran lain, seperti kapitalisme, absolutism dan nasionalisme.

Tahap perkembangan awal di Itali :

Kemunculan Humanisme :
  • Humanisme muncul dalam bentuk kebangkitan pembelajaran dan pengkajian karya-karya klasik Yunani
  • Para sarjana bergiat mengumpul manuskrip klasik dan memperkenalkan karya sastera/literature Yunani-Rumawi di sekolah dan universiti.

Idea Utama dan Tumpuan  pemikiran :
  • Mereka Menyalin semula karya klasik dan mula menerapkan cara berfikir klasik, kaedah berkarya dan memberikan apresiasi yang tinggi terhadap kajian kemanusiaan (Humanitities) – Tumpuannya kepada dignity manusia sebagai individu dan kedudukannya yang dominan dalam alam semesta.  Kajian kemanusiaan juga perihatin kepada permasalahan dan cabaran hidup semasa.


Tokoh Humanisme :
  • Gerakan ini  dipelopori oleh Francesco Petrarca dan Giovanni Baccacio.  Boccacio telah menghasilkan novel  bertajuk Fiammetta.  Dianggap sebagai  novel psikologi pertama di Eropah yang menggunakan pemikiran humansime.  Persoalan dalam novel tidak lagi merujuk kepada soal keimanan dan moral Krisitian.

Kemajuan Fahaman Humanisme :
  • Perkembangan humanism semakin pesat setelah keruntuhan empayar Byzantine dan kejatuhan Constantinople  akibat penghijrahan para sarjana Byzantine yang membawa bersama beribu-ribu manuskrip ke Itali, khususnya Florence, Venice dan Rome.
  • Tahap puncak kemajuan pemikiran humanisme di Itali dan Eropah Utara.
  • Kemajuan pemikiran humanisme dimanifestasikan.
  • Pendidikan di Itali – bermula awal abad ke-15, golongan humanis muncul sebagai sarjana sekular yang paling awal di Eropah.  Mereka menguasai universiti Itali, kemudiannya meluas ke peringkat sekolah.
  • Kemunculan sekolah swasta – menawarkan ilmu kemanusiaan seperti  Sejarah, tatabahasa, Retorik, Sajak, dan falsafah moral – bertanggungjawab mengembangkan pemikiran humanisme, dan mula meminggirkan pengaruh gereja dan pemikiran agama.   
  • Sejak abad ke-16, pendidikan yang berasaskan humanisme turut berkembang pesat di Utara Eropah, khasnya Perancis, German dan England.

Pengaruh Humanisme Dalam Pelbagai Bidang :
  • Falsafah – Perkembangan pemikiran  dan kaedah pembelajaran Platonisme dan pemikiran Ibnu Rush.   Cosmode Medici, menubuhkan Akademi Plato di Florence untuk mengkaji falsafah dan pemikiran Plato.  Munculnya golongan sarjana yang dikenali sebagai Latin Averroce, yang mempopularkan konsep ‘kebenaran berganda’, diterima baik oleh golongan humanis.  Kemunculan sarjana yang kritis  seperti  Lorenzo Valla, mempelopori Hermeneutika, kaedah analisis teks Nicollo Machiavelli   menerapkan kaedah induksi/emperikalisme dalam kajian  sejarah dan politik.  Menekankan kepada fakta yang dapat diperhatikan.
  • Para sarjana humanis mempelopori  gerakan kajian teks – mengambil sikap yang kritikal terhadap apa sahaja bentuk skrip bertulis dan memberikan perhatian kepada fakta empiris.  Tujuannya, membebaskan para sarjana daripada kebebasan yang berasaskan autoriti dan akal/logika.  Menggalakkan para sarjana mencari kebenaran melalui kajian empirikal.  The Prince dihasilkan oleh  Machiavelli dengan  menggunakan kaedah empirikal melalui pemungutan data dalam rekod sejarah dan pengalaman peribadi.  Pemikiran humanisme dan kaedah penelitian yang dikembangkan sarjana Humanisme menjadi landasan kepada perkembangan falsafah moden dan  sains kemudiannya.
  • Kesenian dan kesusasteraan  pemikiran humanisme dalam kesenian dan kesusasteraan berkembang melalui doktrin naturalisme dan realisme. Dimanifestasikan menerusi karya seni tokoh humanis terkemuka sepanjang anad ke15, 16 dan 17.  Contohnya, Leonardo Da Vinci – Monalisa dan The Last Supper; Michelanglo Buonerroti – The Last Supper, The Creation of Adam, dan David; Francois Rabelais – karya satira – Gargantuan & Pantagruel; St Thomas Moore, Utopia- karya tentang Negara ideal; Miguel  de Cervantes- Don Quixote, karya satira.  Michael Montaigne, Karya bertajuk essays – himpunan tulisan bentuk rencana; Disiderus Erasmus dengan karya The Praise of Folly – mempelopori humanisme krtistian: reformasi  spiritual dan agama yang murni;   William Shakespheare – karya dalam bentuk drama, Hamlet, Merchant of Venice, Othello, MacBeth, Romeo and Juliet.  
  • Intipati  kepada karya tokoh di atas fokus pemikiran mereka kepada kebebasan dan digniti manusia sebagai individu (L’uomo Universale ) atau manusia universal/manusia sempurna dan kepentingan kedudukan mereka dalam alam semesta/kosmos. Menunjukkan keyakinan terhadap kebaikan sifat manusia dan kemampuan mereka mengatasi permasalahan dengan menggunakan akal.
  • Selepas pertengahan abad ke-17, meskipun humanisme terus mencorakkan pemikiran Eropah, tetapi pengaruhnya tidak dominan lagi setelah munculnya corak pemikiran lain, seperti kapitalisme, absolutisme dan nasionalisme.

https://fastnote.wordpress.com/pemikiran-humanisme/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.067197 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list