CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1380|Reply: 0

Guardini juara peringkat kedua, kekal jersi

[Copy link]
Post time 10-3-2015 02:07 AM | Show all posts |Read mode

                           
PAKAR
pecut Astana Pro Tour Team, Andrea Guardini sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila memenangi peringkat kedua perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi ke-20 hari ini.

        Selepas melakarkan rekod baharu LTdL dengan kemenangan ke-15 buat dirinya selepas peringkat pertama semalam, pelumba Itali berusia 25 tahun itu meneruskan kayuhan cemerlang untuk mengungguli peringkat kedua dari Alor Setar ke Sungai Petani.

        Sejak beraksi dalam LTdL sejak 2011, Guardini telah merakaman kemenangan lima peringkat pada edisi 2011, enam pada 2012 dan tiga peringkat tahun lepas.

        Walaupun terperangkap dalam kelompok pelumba, Guardini berjaya melepasi halangan itu sebelum melakukan pecutan sehingga ke garisan penamat dalam saingan sejauh 185km dengan mencatatkan masa masa empat jam 30 minit dan 36 saat.

        Cuaca panas diselangi dengan hujan renyai-renyai di beberapa kawasan tidak menjejaskan tumpuan Guardini sepanjang saingan sengit oleh pelumba lain yang melakukan penamat beramai-ramai.

        Selain mengekalkan jersi kuning selaku pendahulu utama keseluruhan, Guardini juga mengekalkan jersi biru, selaku Raja Pecut dengan menambah 15 mata selepas melalui tiga zon pecutan di Pokok Sena, Kuala Nerang dan Tandop Besar.

        Jawatankuasa Teknikal turut merakamkan catatan masa sama bagi sembilan lagi pelumba yang sampai ke garisan penamat secara beramai-ramai.

        Mengenai kejayaan dua peringkat berturut-turut, Guardini menyifatkan perlumbaan hari ini bukan mudah kerana beliau terpaksa mengejar beberapa pelumba yang melakukan pecahan awal sebelum melakukan kejutan di peringkat akhir.

        "Hujan renyai-renyai sebelum itu juga menjadikan pelumba terpaksa lebih berhati-hati menunju ke garisan penamat dan saya bangga kerana dapat sentuhan akhir untuk menjuarai perlumbaan ini," katanya.

        Guardini menyifatkan pelumba Australia, Caleb Owen daripada pasukan Orica GreenEdge sebagai pencabar sengit bagi dirinya dan menjangka pasukn itu akan mula 'bersinar' pada perlumbaan esok berikutan beberapa zon pendakian pada awal perlumbaan.

        Kesemua 131 pelumba akan memulakan perlumbaan Peringkat Ketiga dari Gerik ke Tanah Merah, dengan jarak 170km, dengan tiga zon pecutan di Banding, Batu Melintang dan Jeli di samping dua zon pendakian di Gerik dan banjaran Titiwangsa. - Bernama
               



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.063578 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list