Kuala Terengganu: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini, kerana memiliki heroin seberat 97.89 gram. Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu selepas Md Asro Awang, 39, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta yang sama.
Mengikut pertuduhan, Md Asro didakwa memiliki dadah berbahaya iaitu heroin seberat 97.89 gram di tepi jalan, Jalan Temasya Pantai berhadapan kediaman Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, di sini.
Dia yang bekerja sebagai pemandu lori mengaku salah melakukan kesalahan itu kira-kira jam 4.40 petang pada 31 Oktober 2013.googletag.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nazlyza Mohamad Nazri manakala Md Asro diwakili peguam dari Tetuan Alda Shukri Khairi & Associates. Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2015 @ 5:31 PM
See more at: http://www.hmetro.com.my/node/35722#sthash.xsbSApbv.dpuf
MD Asro dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun 10 sebatan kerana memilik dadah berbahaya. FOTO Syahirah Abdullah
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/35722#sthash.xsbSApbv.dpuf
|