View: 12087|Reply: 13
|
Tarian Kuda Kepang dan asal usulnya
[Copy link]
|
|
Tarian Kuda Kepang
Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa dengan pengaruh Islam. Ciri Jawa itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur Islam jelas pada jalan cerita itu semasa ditarikan iaitu mengisahkan peperangan Rasulullah dan para sahabat. Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas persembahan.
Tarian Kuda kepang amat digemari oleh penduduk Johor, terutamanya dari keturunan Jawa. Kuda kepang ini biasanya dibuat dari anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik.
Lazimnya terdapat 10 hingga 15 orang penari bagi setiap kumpulan penari kuda kepang yang biasanya akan mempunyai seorang ketua. Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan. Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan. Pada masa dahulu terdapat banyak pantang larang bagi mereka yang menonton persembahan kuda kepang seperti tidak mencaci penarinya atau akan menimpa musibah.
Tarian kuda kepang tradisi dikatakan memiliki banyak jampi serapah, dan pemain yang menarikannya boleh menjadi lupa. Mata penari yang berada dalam keadaan ini berkilauan, tidak boleh bercakap, manakala pergerakan dan kelakuan mereka menyerupai kuda. Hakikatnya, situasi seseorang penari itu bergantung kepada kekuatan roh juga niat atau azam diri. Faktor lain ialah makhluk yang menyerap dalam tubuh yang dipanggil atau diseru melalui rangkaian jampi mantera yang dituturkan oleh pawang yang mengetuai kumpulan, perasapan kemenyan, sajian yang dihidangkan, juga bunyi gendang dan gong yang dipalu. Mereka yang dirasuk dikatakan mampu melakukan perkara-perkara merbahaya seperti memakan kaca atau juga mengupas kelapa dengan gigi. Disebabkan itu, tarian kuda kepang yang masih mengamalkan jampi serapah difatwakan sebagai bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.[1]
Terdapat berbagai pendapat mengenai asal usul tarian ini. Ada pendapat yang mengaitkan asal usulnya dengan Wali Songo yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa, Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana. Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil menunggang kuda. Setelah waktu berlalu, kuda-kuda itu ditukar dengan kulit binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar. Ada pula yang berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali. Untuk meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda kepang.
Persembahan kuda kepang ini biasanya dipersembahkan bersama-sama persembahan tarian Barongan dengan tradisi mempersembahkan tarian Barongan selepas tarian Kuda Kepang kemungkinannya merupakan bukti kepentingan tarian Kuda Kepang dan Barongan dalam penyebaran syiar Islam ketika itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
ada mkn kertas ke? |
|
|
|
|
|
|
|
piao replied at 10-3-2015 06:42 PM
ada mkn kertas ke?
Bukan ketas..bunga boganvila aka bunga ketas |
|
|
|
|
|
|
|
jangankan kertas, kaca pun ada..
|
|
|
|
|
|
|
|
lebih baik kunyah kurma yusuf taiyoobb |
|
|
|
|
|
|
|
ada dalam filem pontianak harum sundal malam 2 suhaimi baba pun ada citer skit bab kuda kepang ni... |
|
|
|
|
|
|
|
neotoxin replied at 12-3-2015 08:43 AM
bukan bunga kenanga ke?
Time tgk kt uitm lendu dlu dia mkn bunga ketas dlm tempurung..mata dia tebeliak melilo2 tgk org keliling ..seram tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
ooo.. tu masa tengah mabuk... nak ubat diorang bagi makan bunga kenanga
|
|
|
|
|
|
|
|
neotoxin replied at 15-3-2015 09:32 AM
ooo.. tu masa tengah mabuk... nak ubat diorang bagi makan bunga kenanga
Oh....xtahu pun mabuk..ingat masuk hantu..hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
bila tgk kuda kepang ni, teringat tekateki masa kecik2 dulu
kuda apa bertelur di tengkuk?
jawapannya kuda kepang, puas aku pikir kenapa kuda kepang bertelur di temgkuk, bila dah tua ni baru aku faham maksudnya |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana lah terciptanya kuda kepang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Seriously lama sgt x tgk live tarian ni.
Dulu masa kecik, ade je org2 wat knduri kawen then jmput kuda kepang.
Dlm 3/4 thn lepas ade org ajk aku tgk kuda kepang.
Tp yg ajk tu budak silat yg bukan "kosong" laa.
So aku xnk p laa sbb kang x masal masa tgh tgk kwn aku tersampuk.
Naya je, |
|
|
|
|
|
|
| |
|