Edited by GhostWalking at 10-3-2015 08:56 AM
Kini sudah ada aplikasi untuk menempah ‘escort’
SEKILAS PANDANG: “Bapa-bapa ayam” semakin hari semakin versatil dalam menjalankan kegiatan mereka.
Daripada mengiklankan perniagaan mereka di Facebook, sehinggalah memberikan sentuhan peribadi melalui WhatsApp dan WeChat, mereka kini sudah mula memiliki aplikasi telefon pintar sendiri.
Benar, anda tidak tersilap baca. Mereka ada aplikasi sendiri, yang boleh dimuat turun pengguna ke telefon pintar mereka agar lebih mudah menghubungi mereka.
Aplikasi itu yang bernama Ohkuitao (bapa ayam dalam bahasa Hokkien) boleh dimuat turun melalui Google App, untuk Android dan juga iPhone. Untuk berlaku adil, ia memiliki paparan antara-muka yang mesra pengguna.
Sebaik memasuki halaman utama, pengunjung akan disambut dengan mesej “Aplikasi telefon pertama Malaysia. Kami mengambil berat. Kami menjalankan inovasi, kreativiti, kecekapan dan segalanya dengan rasa cinta”. Latar belakangnya memaparkan seorang model seksi.
Mesej seterusnya: “Kami adalah Ohkuitao, sesuatu yang anda suka. Kami menyediakan laman untuk perkhidmatan escort.”
Laman itu memaparkan semua perempuan daripada pelbagai agensi escort seluruh negara, dibawah satu bumbung.
Pengguna boleh menyelak ke bawah dan dipersembahkan dengan halaman demi halaman escort, lengkap dengan maklumat seperti umur, warganegara, gambar, perkhidmatan, bayaran serta no telefon bapa ayam mereka.
Ia dimulakan dengan penerangan yang menghina, “Model baru – tubuh baru yang perlu dicuba. Cubalah, mereka semua patut diberi peluang.”
Bukan itu sahaja, laman itu turut meletakkan “sistem rating model” di bahagian bawah, meminta pelanggan memberikan rating kepada perempuan yang pernah mereka langgan. Ia sebagai “maklumbalas yang akan memberi panduan kepada pelanggan lain”.
Kewarganegaraan escort termasuklah Thai, Vietnam, Indonesia dan Russia. Bagi escort Russia, kadar bayaran boleh mencecah RM500 bagi satu sesi. Adakah polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedar akan perkara ini?
Jika ya, mengapa mereka tidak bertindak apa-apa terhadap laman yang secara terang-terang mengiklankan perkhidmatan seks ini? Jika tidak pula, adakah mereka akan bertindak selepas hal ini dibangkitkan?
Penawaran khidmat pelacuran jelas adalah satu jenayah yang boleh dihukum di bawah undang-undang Malaysia. Aplikasi ini jelas melakukannya (serta berdozen lagi blog lain). Mengapa kesemuanya masih beroperasi dan boleh dilayari?
Adakah bapa ayam sudah semakin berani untuk melakukan jenayah tanpa takut akan akibatnya?
Atau mereka yakin bahawa penguasa boleh ditutup mulut dengan bayaran di bawah meja?
Berdasarkan keadaan kini, Malaysia dengan pantas menjadi hab maksiat di Asia. Statistik terkini mendedahkan, industri maksiat Malaysia mencecah RM3.2 bilion, dianggar melalui jumlah pendapatan yang mampu diraih pelacur asing.
Ingat, ia hanya jumlah pendapatan yang diperolehi pelacur asing. Hakikatnya, sejumlah besar perempuan tempatan turut terlibat dalam industri ini.
Dengan senario ini, perkara terakhir yang kita ingin saksikan adalah di mana bapa ayam keluar ke tempat terbuka dan menjual “gadis-gadis mereka” seperti daging di pasar, menjerit “Murah, murah, murah…ambil satu, free satu”.
Mengambil kira keadaan sekarang, senario seperti itu boleh jadi tidak terlalu mustahil. Bukankah ini negara di mana “segalanya mungkin”?-thntdaily
|