CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2224|Reply: 0

Lenovo Yoga 3 Pro Diperkenalkan

[Copy link]
Post time 11-3-2015 12:26 AM | Show all posts |Read mode
Lenovo memperkenalkan laptop boleh ubahnya yang terbaru, Lenovo Yoga 3 Pro yang merupakan penambahbaikan keatas model sebelumnya, Lenovo Yoga 2 Pro.

Lenovo Yoga 3 Pro DiperkenalkanDalam satu acara pelancaran di London, Lenovo memperkenalkan model laptop boleh ubah terbarunya, Lenovo Yoga 3 Pro yang menggantikan model sebelum ini, Yoga 2 Pro.
Model baru ini mempunyai rekabentuk yang diperbaharui di mana engsel dua poin fokus pada model sebelumnya diganti dengan yang mempunyai enam poin fokus. Ini membolehkan jurutera syarikat itu menjadikannya lebih nipis dan ringan. Pada berat 1.19kg, ia 17% lebih ringan dari model sebelumnya dan setebal hanya 12.8mm, iaitu 14 % lebih nipis.
Kelemahannya pula, ia mempunyai bateri yang lebih kecil. Baterinya mempunyai kapasiti 44 watt jam berbanding 54 watt jam pada model sebelumnya, tetapi hasilnya ia mengalami penjimatan berat sebanyak 200g dan mengurangkan saiznya 2mm dari segi ketebalan.


Laptop ini dilengkapi pemproses terbaru Intel Core M model M-5Y70 yang dibangunkan menggunakan senibina Broadwell. Ini merupakan Pemproses Core M terpantas antara 3 model yang ada di pasaran. Ia dilengkapi dua teras / 4 thread dengan TDP serendah 4.5 watt. Ia juga dilengkapi 4MB cache, beroperasi pada kelajuan 1.1GHz dan kelajuan turbo maksimum sepantas 2.6GHz. Tambahan pula ia dilengkapi GPU Intel HD Graphics 5300 yang menyokong sehingga 3 monitor.
Selain itu, kebanyakan spesifikasinya sama dengan Yoga 2 Pro iaitu 8GB RAM LPDDR3L, 256GB SSD, skrin 13.3-inch QHD+, dua port USB 3.0, pembaca kad, output micro-HDMI, webcam HD, speaker JBL, Bluetooth 4.01 dan 802.11ac Wi-Fi.
Lenovo Yoga 3 Pro didakwa mempunyai jangka hayat bateri selama 9 jam dan melarikan Windows 8.1. Ia akan dijual pada harga USD 1349 (RM 4,400 +/-) dan akan mula dipasarkan dalam beberapa minggu lagi.

kredit:www.techkini.com

                               
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.376119 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list