CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5544|Reply: 8

ADA ATAU TIDAK ADA ALAT PEMADAM API DALAM KENDERAAN PERSENDIRIAN?

[Copy link]
Post time 11-3-2015 05:01 PM | Show all posts |Read mode
Salam sejahtera semua.
Saya percaya, semua atau majoriti besar member dalam forum ni sudah memiliki kenderaan sendiri(terutamanya kereta, van mpv & etc). Jadi, poll ni nak tgk samada kenderaan tn/pn semua ada tak alat pemadam api dalam kereta? Tak kisah la alat tu dibeli sendiri ker, mmg dah ada dlm kereta masa beli ker dan sebagainya. Yang penting ada ker tidak ada?

Sebab apa saya buat poll ni adalah utk melihat ada tak kesedaran di kalangan pemilik kenderaan betapa pentingnya alat pemadam api ada dlm kereta. Ini kerana sejak akhir-akhir ni banyak kemalangan melibatkan kebakaran samada kebakaran disebabkan oleh kemalangan atau kebakaran sendiri(mungkin sebab faktor litar pintas & etc).

Banyak berita kemalangan yang kita baca apabila berlaku kebakaran, mangsa masih hidup dan ada saksi kejadian menyatakan mereka masih mendengar mangsa meraong minta tolong dalam api yg sedang marak. Malangnya, ramai/ada yg menyaksikan kemalangan x dapat membantu kerana tiada perlatan seperti  alat pemadam api dalam kenderaan masing-masing. Saya percaya ramai yang hendak membantu tetapi terbantut kerana tiada alat tersebut. Mungkin hanya mampu memanggil pihak BOMBA yang mungkin akan sampai dalam  masa 10- 20 minit, tetapi mungkin sudah terlambat untuk menyelamatkan mangsa yang tersepit.

Dipendekkan cerita, kat bawah saya sertakan satu artikel berita yang mana mangsa kemalangan masih hidup tetapi meninggal dunia disebabkan api. Selain itu juga saya membangkitkan mengenai satu isu yg sedang menjadi viral sekarang mengenai PERTIMBANGAN pihak berkuasa untuk meletak/mewajib memasang alat yang akan menghadkan had kelajuan kenderaan. Kat poll yg disediakan, pada pandangan tn/pn sekalian yg mana lebih sesuai dipertimbangkankan untuk diletak pada kenderaan: 1. Menyediakan alat pemadam api dalam kenderaan 2. memasang alat mengawal had laju maksimum kenderaan?

lepas vote, bole ler bagi pendapat, komen, pengalaman dan sebagainya untuk dikongsi bersama untuk pengatuan semua. Thanks.


Raungan pilu di dalam api

Miri: “Tidak sampai hati saya melihatnya, apatah lagi ketika dia (mangsa) meraung meminta tolong. Saya bersama suami tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia tersepit,” kata seorang wanita dikenali sebagai Suzie, 30-an, yang menyaksikan kemalangan maut membabitkan seorang lelaki apabila keretanya terbakar di Jalan Miri Bypass, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.30 malam, mangsa, Alen Benter Jurip, 25, menemui ajal akibat terperangkap dalam kereta yang terbakar selepas bertembung kenderaan pacuan empat roda manakala tiga lagi ahli keluarga mangsa termasuk ibunya berusia 40-an dalam kereta itu cedera.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda Isuzu Dmax dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun bersama dua rakan cuba memotong kenderaan lain lalu bertembung kereta Proton Exora dinaiki mangsa.
Suzie berkata, ketika kejadian, dia yang menaiki kenderaan bersama suaminya kebetulan berada tidak jauh dari kenderaan mangsa segera memberi bantuan kecemasan.
“Selepas perlanggaran, kereta itu terbabas memasuki longkang sebelum api mula kelihatan daripada bahagian enjin. Suami saya memberhentikan kenderaan dan memberikan bantuan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/35829#sthash.Fmezfv1Z.dpuf

Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 10 Users voted
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2015 07:31 PM | Show all posts
Patut benda wajib dapat masa beli kereta...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2015 10:57 AM | Show all posts
patut ada.... tapi jgn di letakkan syarat wajib.. kan ada yg ambil kesemptan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2015 08:56 AM | Show all posts
helmeita replied at 12-3-2015 10:57 AM
patut ada.... tapi jgn di letakkan syarat wajib.. kan ada yg ambil kesemptan....

kalau x wajib aku rasa mmg sikit sgt org akan sediakan alat ni... ambik kesemptan mcm mana plak tu eh..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 12:06 PM | Show all posts
orgkpg replied at 18-3-2015 08:56 AM
kalau x wajib aku rasa mmg sikit sgt org akan sediakan alat ni... ambik kesemptan mcm mana plak tu ...

hem biasalah... barang baru kalu kerajaan tak kawal harga...akan berlaku  permintaan tinggi...  mulalah harga melambung lah servis pun caj bukan bukan lah... heehhehehehe pendapat den lah...... kena ada kerjasama semua pihak juga.....

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 05:54 PM | Show all posts
memang patut...bg yg xde beli jer...brp ler sngt...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-4-2015 12:01 PM | Show all posts
mahal sebab accersories keta yg lain lagi murah seperti sportrim, sistem bunyi berdentang dentung dan mcm2 lagi accesories lain... hmmmm....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 09:50 PM | Show all posts
The best cargo forwarders can give moment shipping cites on the web. This new innovation gave by cargo forwarders permits shippers to book and calendar their shipments proficiently and adequately. At the point when you are searching for moment shipping cites, ensure that the cargo forwarder offers comprehensive rates, which incorporates the entirety of the delivery administrations for only one low cost. quotiss They ought to likewise have set up associations with driving bearers so you can get speedy assistance on the web.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2020 01:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.236846 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list