CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1401|Reply: 0

Nicol buru gelaran keenam

[Copy link]
Post time 12-3-2015 10:28 AM | Show all posts |Read mode

RATU skuasy negara, Datuk Nicol David diletakkan sebagai pilihan utama bagi merangkul gelaran kali keenam Kejohanan Allam Terbuka Britain di Hull yang dijadualkan berlangsung pada 11 hingga 17 Mei ini.
       
        Menurut portal wsaworldtour.com, Pertandingan Persatuan Skuasy Wanita (WSA) Dunia ini akan diadakan di Arena Airco, Yorkshire dengan melibatkan sejumlah besar pemain profesional daripada 46 negara bertanding termasuk lelaki dan wanita.
       
        Pada majlis cabutan yang dilakukan kelmarin, Nicol tiada masalah layak ke pusingan kedua kerana bakal menentang pemain di pusingan kelayakan.
       
        Pemain berusia 31 tahun dari Pulau Pinang itu dijangka menghadapi ancaman untuk pertembungan separuh akhir menentang pemain tuan rumah, Laura Massaro dan bakal ulangi skrip aksi perlawanan akhir tahun 2013 dan 2014.
       
        Ini kerana, Massaro yang menduduki ranking ketiga dunia memenangi gelaran itu pada 2013 untuk menjadi pemenang Inggeris pertama piala wanita sejak kali terakhir dilakar oleh Lisa Opie pada 1991.
       
       
        Medan pemain ternama
       
        Sementara itu, pemilik Hull  City FC,  Dr Assem Allam, yang baru selesai melanjutkan tempoh tajaan kejohanan sehingga tiga tahun gembira melihat pemain ternama melakukan kemunculan untuk bersaing merebut mahkota Allam Terbuka Britain.
       
        Beliau berjaya memainkan peranan penting dalam membuka permainan skuasy maju di peringkat global dan komitmen memberikan ganjaran wang tunai kemenangan sama banyak kepada peserta lelaki dan wanita.
       
        "Saya amat gembira untuk mengalu-alukan pemain skuasy terbaik di dunia kembali ke Hull bersaing untuk gelaran Allam Terbuka Britain.   
       
        “Skuasy  keghairahan saya untuk membawa atlet terbaik dari seluruh pelosok dunia hadir ke United Kingdom terutamanya di Hull East Yorkshire.
       
        "Semoga penduduk di sana menikmati keseronokan ini menonton perlawanan besar dan melihat bakat baharu muncul beraksi di pentas paling berprestij," katanya.
       
       
        Anak jati Hull teruja
       
        Bintang Inggeris, sedang meningkat naik yang berasal dari Hull,  Fiona Moverley yang dijamin tempatnya dalam undian kelayakan teruja menyertai kempen musim ini.
       
        "Saya lebih teruja untuk terlibat dalam apa-apa peristiwa besar di bandar rumah saya.
       
        “Saya tidak bermain dalam dua edisi terdahulu dan tahun 2015 cukup bermakna kepada saya. Saya berharap boleh menyajikan persembahan yang baik di hadapan penyokong tempatan,” katanya berusia 28 tahun dan menghuni ranking ke-81 dunia.
       
       
        Raneem diramal ke final?
       
        Jaguh skuasy Mesir, Raneem El Welily diramal akan melangkah ke pentas  akhir menentang Nicol. Berbekalkan status nombor dua dunia dipegangnya, Raneem juga kini berada pada tahap prestasi terbaik dan awal bulan ini meraikan kejayaan merangkul  Jelajah  WSA  juga mengalahkan Nicol di WSA Siri Dunia di Terbuka Windy City, Chicago, minggu lalu.
       
        Terbuka Britain 2015 kali ini juga menyaksikan dua nama besar kembali ke pentas WSA  iaitu bekas pemain nombor dua  dunia dari Belanda, Natalie Grinham dan Joelle King dari New Zealand.
       
        Natalie adalah naib juara 2005 akan membuat penampilan pertamanya sejak 2013 selepas melahirkan anak keduanya Julai lalu.
       
        Manakala, Joelle pula kembali ke gelanggang selepas pulih daripada kecederaan tendon achilles ketika beraksi dalam satu pertandingan peringkat kebangsaan di New Zealand, Ogos lalu.

sumber:sinar harian


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.060008 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list