CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1451|Reply: 0

11 April pendengaran kes Chong Wei

[Copy link]
Post time 12-3-2015 10:36 AM | Show all posts |Read mode


SELEPAS beberapa kali perbicaraan isu doping melibatkan pemain nombor tiga dunia, Datuk Lee Chong Wei tertangguh, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akhirnya menetapkan 11 April depan sebagai tarikh baharu untuk perbicaraan berkenaan.
       
        Perkhabaran ini diumumkan Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria pada satu sidang media yang diadakan di ibu pejabat badan induk itu semalam.
       
        Mohamad Norza berkata, perbicaraan itu nanti akan diwakili tiga panel yang terdiri daripada BWF.
       
        “Selepas beberapa bulan menanti, BAM akhirnya dimaklumkan bahawa 11 April ialah tarikh baharu untuk pendengaran kes doping Chong Wei dan ia akan diadakan Amsterdam, Belanda.
       
        “Apa yang boleh saya katakan ialah kita akan berusaha untuk mendapatkan keputusan terbaik bagi menyelesaikan kes ini,” katanya.
       
        Jelasnya, penyediaan bahan bukti bagi proses pendengaran kes doping Chong Wei sudah siap dan beliau berpuas hati dengan perkembangan ini.
       
        Norza juga berharap hasil kerja keras semua pihak yang berusaha menyediakan maklumat terbaik itu akan menjurus kepada keputusan yang memihak kepada ikon badminton itu.
       
        “Peguam kita, Mike Morgan telah bekerja keras dalam menyediakan bahan bukti untuk kes ini, BAM gembira melihat kesungguhan dia dalam membantu sebaik mungkin dalam memastikan keputusan positif diraih.
       
        “Saya harap semua peminat Chong Wei dapat bersabar dan teruskan sokongan yang sememangnya diperlukan dia saat ini,” katanya.
       
        Sebelum ini, perbicaraan kes Chong Wei pada awalnya dijadualkan diadakan di Amsterdam, Belanda pada 8 Disember lalu, namun ditunda atas permintaan peguam pemain tersebut, Mike Morgan tetapi ditukar kepada 12 Januari, 2015, sebelum sekali lagi ditunda ke tarikh baharu.
       
        Pemain berusia 33 tahun itu digantung sementara daripada menyertai sebarang pertandingan oleh BWF setelah keputusan sampel B dalam ujian doping yang dilakukan di makmal Hospital Universiti Oslo, Norway pada 5 November lalu disahkan positif mengandungi dadah dexamethasone.
       
        Chong Wei didapati positif ketika menyertai Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark pada Ogos tahun lalu.

sumber:sinar harian

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.626719 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list