CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1776|Reply: 0

Kad MicroSD 200GB SanDisk

[Copy link]
Post time 12-3-2015 10:58 AM | Show all posts |Read mode
Belum pun kad microSD 128GB menjadi standard, Sandisk telah berjaya mengeluarkan sebuah kad microSD yang berkapasiti lebih besar. Kad microSD 200GB SanDisk memuatkan hampir dua kali lebih data kad microSD berkapasiti terbesar masa kini ke dalam kad pakej sebesar kuku jari telunjuk anda.

Kad MicroSD 200GB SanDiskIngatkah anda suatu ketika dulu di mana kad microSD berkapasiti hanya 1GB mampu mengecohkan dunia peranti mudahalih? Kini, bergerak ke hadapan beberapa tahun, kad microSD 200GB SanDisk telah diumumkan dan menawarkan 200kali lebih banyak ruang storan berbanding kad microSD tersebut.

Kad ini akan mula dipasarkan dalam suku kedua tahun ini dan menggunakan teknologi yang sama dengan yang digunakan untuk membangunkan kad microSD 128GB keluaran syarikat itu juga. Teknologi itu ditambahbaik untuk meningkatkan kapasiti sebanyak 56%. Ia juga menyokong kadar pindahan data yang lebih tinggi pada kelajuan 90MB/sec.
Walaubagaimanapun, harga jualannya yang ditetapkan pada USD 400 mungkin terlalu tinggi bagi pengguna biasa, jadi mungkin anda perlu menunggu beberapa tahun lagi sebelum ia menjadi standard dan harganya akan jatuh sedikit, walaupun tidak banyak.

kredit:www.techkini.com

                               


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.482067 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list