CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: Ismail

Teori Asal Usul Permainan Bola

[Copy link]
Post time 27-1-2004 12:29 PM | Show all posts
Originally posted by stats at 2004-1-27 10:32 AM:
tuh kalo sepak..belom cite bab heading lagii..
aku rase lagi parahh


mail tanya sungguh2
kita dok gelak pulak.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2004 12:32 PM | Show all posts
Originally posted by anakomar at 20-01-2004 12:29:
mail tanya sungguh2
kita dok gelak pulak.....


nengok muka dia pon aku nak gelak
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2004 12:35 PM | Show all posts
Originally posted by stats at 2004-1-27 12:32 PM:
nengok muka dia pon aku nak gelak


apa la ko......
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2004 03:49 PM | Show all posts
Originally posted by stats at 27-1-2004 12:32 PM:
nengok muka dia pon aku nak gelak


ko mmg kurengggg la stats..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2004 04:30 PM | Show all posts
Originally posted by adbrutals at 2004-1-27 03:49 PM:
ko mmg kurengggg la stats..


aku tak tergamak nak cakap.......
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2004 05:18 PM | Show all posts
Originally posted by anakomar at 20-01-2004 16:30:
aku tak tergamak nak cakap.......


yee kee??tersalah ckp kee akuu..
sorii ek pak maill
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2004 09:48 PM | Show all posts
Originally posted by stats at 27-1-2004 05:18 PM:
yee kee??tersalah ckp kee akuu..
sorii ek pak maill


lancang kuninng..... lancang kuning belayar malam...ooh.. belayar malam....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2004 08:07 AM | Show all posts
Originally posted by fairy_hobbit at 20-01-2004 21:48:
lancang kuninng..... lancang kuning belayar malam...ooh.. belayar malam....


belayar malam..hai..belayar malammm..(backing vokal)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2004 12:07 PM | Show all posts
Originally posted by stats at 2004-1-28 08:07 AM:
belayar malam..hai..belayar malammm..(backing vokal)


ecehhhh....
sejak bila korang berdua ni ambik kelas vokal ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2004 01:02 PM | Show all posts
permainan bola ni berasal dari england dan dimainkan oleh orang putih yang kaya masa zaman dulu... sekarang permainan ni telah di monopoly oleh orang bukan putih iaitu orang brazil dan sekarang orang brazil yang control piala dunia ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2004 02:20 PM | Show all posts
Originally posted by adbrutals at 20-01-2004 12:07:
ecehhhh....
sejak bila korang berdua ni ambik kelas vokal ...

sejak akhir2 nih..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2004 05:40 PM | Show all posts
Originally posted by stats at 2004-1-28 02:20 PM:
sejak akhir2 nih..


ada sebab bagus tu....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2004 10:03 AM | Show all posts
Originally posted by anakomar at 2004-1-28 05:40 PM:
ada sebab bagus tu....


bakal pengganti nurul dan ajai...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2004 10:07 AM | Show all posts
Originally posted by adbrutals at 20-01-2004 10:03:
bakal pengganti nurul dan ajai...


ape klasss nurul ngan ajaii..:nana:
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2004 11:01 AM | Show all posts
Originally posted by stats at 2004-1-29 10:07 AM:
ape klasss nurul ngan ajaii..:nana:


ko agak2 dorang tau tak asal usul bola ni???
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2004 11:17 AM | Show all posts
Originally posted by anakomar at 20-01-2004 11:01:
ko agak2 dorang tau tak asal usul bola ni???


entahlahh tapi aritu aku nampak ajai pakai topi MU..
agaknyee geng dude laa tuhh

yang aku tahu jason lo jek minat chelski pasal aku jumpa dia kat bukit jalil arituhh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2006 10:35 PM | Show all posts
CU JU (Tsu Chu)







Bola Sepak ialah aktiviti tradisional pada zaman purba di China. Pada zaman purba, bola sepak disebut sebagai Cu Ju menurut catatan sejarah,Cu maknanya ialah menendang, Ju maknanya bola. Aktiviti jenis itu sudahmempunyai sejarah yang lama di China. Dikatakan, Raja Huangdi ialahpencipta Cu Ju, beliau pernah melatih askar dengan Cu Ju.

Menurut catatan yang diukir di kulit kura-kura pada Zaman DinastiShang, yang lebih 3 ribu tahun yang lalu, pada masa itu telah beradapermainan bola sepak yang dipanggil tarian Cu Ju. Buku Shi Ji yangditulis oleh Si Maqian pun pernah menyifat aktiviti Cu Ju yang berlakudi Lin Zi, negara Qi pada zaman Negara-negara Berperang. Aktiviti Cu Jupada zaman Dinasti Han berkembang pesat. Raja Liu Bang dalam istananyatelah membina sebuah lapangan besar dan disebut sebagai "kota Su".Latihan bola sepak yang dilakukan oleh tentera merupakan kandunganpenting yang akan diperiksa oleh raja.

Pada zaman Dinasti Han, aktiviti Cu Ju telah mempunyai lapanganpertandingan Cu Ju yang tetap, di kedua-dua ujung lapangan itu adabilik Ju, ia sama dengan pintu sekarang; kedua-dua pihak yangbertanding masing-masing disertai 12 orang, memutuskan kemenangandengan pencetak gol yang lebih banyak, dalam pertandingan pun adapengadil.

Pada zaman yang lebih awal, bola selalunya dibuat daripada kulitbinatang, isinya dipenuhi bulu. Sehingga Dinasti Tang, bola sepakdiisikan dengan udara. Ini merupakan kemajuan besar sejarahperkembangan bola sepak. Pertandingan Cu Ju pada Dinasti Tang telahmenggunakan pintu dengan jarring. Pada masa itu, pintu terdiri daripadadua batang galah bamboo, separuh atasnya ditali dengan jaring. Dalampertandingan, kedua-dua pihak masing-masing 6 orang bermain, antaranya1 orang menjaga gol.

Sehingga zaman Dinasti Song, aktiviti Cu Ju amat disukai orang ramai.Akan tetapi, peraturan pertandingan Dinasti Song berubah, kedua-duapasukan menendang satu gol. Pintu diletakkan di pusat lapanganpertandingan, dua batang kayu yang setinggi belasan meter dipasangkanjaring, jaring itu ada banyak lubang lebih kurang 35 senimeter yangdisebut sebagai Mata Fengliu. Bola yang melalui lubang itu barulahmendapat gol. Pada Dinasti Song, istana mempunyai pasukan bola sepak,Cu Ju ialah program yang ditunjukkan dalam pelbagai perhimpunan yangmeriah yang diadakan oleh istana kerajaan. Pada masa itu, pertubuhan CuJu rakyat yang dipangkil Qi Yunshe telah ditubuhkan, meraka telahmenggubal peraturan pertubuhan itu.

Pada zaman Dinasti Ming dan Qing, Cu Ju selalunya dijadikan pertunjukanorang perseorangan. Pada Dinasti Qing, orang mencampuri menyebak boladengan ski dan menciptakan aktiviti Cu Ju di atas ais.




[ Last edited by  HangPC2 at 16-5-2007 03:12 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 10:47 PM | Show all posts
Lahirnya pesta kegilaan dunia


PERMAINAN bola sepak tanpa peraturan dimainkan secara
meluas di Eropah ketika zaman pentengahan.


KONGRES pertama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) diadakan pada 23 Mei 1904 dan memilih Robert Guerin dari Perancis sebagai Presiden manakala Victor E Schneider (Switzerland) dan Carl Anton Wilhelm Hirschmann (Belanda) sebagai Naib Presiden tetapi ia hanya membabitkan pasukan dari benua Eropah, kecuali England.

Hinggalah beberapa tahun kemudian, keahlian dari luar diterima iaitu Afrika Selatan (1909/1910), Argentina dan Chile (1912) dan Amerika Syarikat (1913) tetapi disebabkan meletusnya Perang Dunia Pertama, ia merencatkan sebarang perancangan Fifa untuk mengadakan kejohanan di antara negara bertaraf antarabangsa.

Apabila Jules Rimet menjadi presiden ketiga pada 1 Mac 1921, perancangan untuk mengadakan kejohanan secara kecil-kecilan mula dirangka dan pada 1928, satu peraturan diluluskan bahawa pemenang kejohanan harus diberi trofi baru dan pengukir Perancis, Abel Lafleur ditugaskan untuk mencipta Piala Dunia yang dikenali Piala Jules Rimet manakala pada 1 Mei 1929, Kongres di Barcelona memilih Uruguay sebagai tuan rumah.



Usaha Rimet dan Fifa akhirnya menjadi kenyataan apabila pentas pertama Piala Dunia dilangsungkan di tiga gelanggang di Montevideo pada 18 Julai 1930 dengan juara Olimpik dua kali, Uruguay yang menjadi tuan rumah pertama muncul juara selepas menewaskan Argentina 4-2 dalam perlawanan akhir.

Biarpun terhenti akibat Perang Dunia Kedua, Rimet berusaha keras di sepanjang 33 tahun tugasnya sebagai Presiden dan impiannya menjadi kenyataan apabila Perancis menjadi tuang rumah kali ketiga dan menjelang Piala Dunia Kelima di Switzerland pada 1954 dan ketika Rimet mencecah usia 80 tahun, Fifa mempunyai 85 ahli gabungan dari seluruh negara.

Malah sikap diplomasi Rimet juga memastikan empat persatuan baru dari United Kingdom, menjadi ahli Fifa pada 1946.

Rimet yang dilantik Presiden Kehormat pertama Fifa, meninggal dunia setahun kemudian dan Rodolphe William Seeldrayers pada 1958, Fifa memutuskan kejohanan itu diadakan secara berselang-seli di benua Eropah dan Amerika Selatan.



Operasi Fifa banyak dikawal selia Ernst B Thommen yang bertindak sebagai Penganjur Jawatankuasa Pertandingan bagi Piala Dunia 1954, 1958 dan 1962 sebelum Sir Stanley Rous dilantik sebagai Presiden Fifa keenam.

Antara sumbang Rous ialah menggalakkan keahlian baru dan penyiaran secara meluas kejohanan Piala Dunia sambil mengutip keuntungan daripadanya.

Pada 1974, Fifa dan bola sepak dunia memasuki era baru apabila Dr Joao Havelange yang dilantik sebagai presiden pada 11 Jun 1974 ketika kongres kali ke-39, menganggap bola sepak bukan igauan pemain untuk menjulang piala saja, tetapi ia harus berkembang lebih luas secara teknikal.

Havelange menubuhkan ibu pejabat tetap Fifa dengan hanya 12 petugas dan mengubah institusi itu daripada sebuah pertubuhan berorientasikan pentadbiran di Zurich kepada sebuah badan yang dinamik dan membawa keuntungan besar dengan pelbagai idea baru hingga kini, Fifa mempunyai lima bangunan berasingan dan lebih 120 kakitangan.

Hari ini, Piala Dunia menjadi saat paling dinantikan di seluruh dunia dengan jumlah keseluruhan penonton lebih 40 bilion dan apabila Piala Dunia edisi ke-17 membuka tirainya di Jerman 2006, seluruh pergerakan dunia akan sekali lagi terhenti untuk menyaksikan 32 pasukan terbaik beraksi mengejar penghormatan tertinggi untuk negara masing-masing, sama seperti semangat pemain yang beraksi di Uruguay, 76 tahun lalu.

FAKTA

# Piala Dunia Pertama 1930 diadakan di Uruguay juga bersempena hari kemerdekaan kali ke-100 negara itu.

# Piala Dunia pertama hanya disertai 13 negara apabila sebahagian besar negara Eropah membuat keputusan menarik diri kerana tempoh perjalanan menggunakan kapal yang memakan masa untuk sampai di Montevideo.

# Kapal bernama Conte Verde yang berlepas dari pelabuhan Villefrance-Sur-Mer pada 21 Jun 1930 yang membawa pemain pasukan Belgium, Perancis, Yugoslavia dan Romania tiba di Rio de Janeiro pada 29 Jun untuk mengambil pemain Brazil sebelum tiba di Montevideo pada 4 Julai.

# Perlawanan akhir diadakan Stadium Centenerio yang memuatkan 100,000 penonton dan Uruguay yang muncul juara diberi cuti khas kebangsaan pada 31 Julai.

# Pemain Amerika Syarikat, Bertram Patenaude menjadi pemain pertama menjaringkan hatrik di Piala Dunia (17 Julai 1930 menentang Paraguay) walaupun nama pemain Argentina dan penjaring terbanyak dengan 8 gol di Piala Dunia 1930, Guillermo Stabile direkodkan apabila membuat hatrik ketika menentang Mexico dua hari kemudian.

Tahukah Anda?

Piala Jules Rimet kini menjadi milik Brazil selepas menjuarai saingan sebanyak tiga kali selepas Mexico 1970 dan Fifa meluluskan sebuah trofi baru pada 1974 yang direkacipta artis Itali, Silvio Gazzaniga daripada 53 permohonan yang diterima.

Tetapi trofi Piala Dunia yang diperbuat daripada emas padu 18 karat setinggi 36 sentimeter dan berat 6175 gram dan menjadi rebutan ketika ini, kekal milik Fifa dengan juara dibenarkan menyimpannya hinggalah tiba ke kejohanan baru dan Fifa menggantikannya dengan replika yang bersalut emas.

Sejak 1930, hanya tujuh pasukan berbeza pernah menjulang Piala Dunia di sepanjang 16 kejohanan yang dilangsungkan.

Naib Presiden Fifa, Dr Ottorino Barassi, pernah menyembunyikan piala itu dalam kotak kasut di bawah katilnya sepanjang Perang Dunia Kedua.

Pada 1966, piala ini hilang ketika dipamerkan menjelang Piala Dunia di England dan hanya dijumpai tertanam di bawah sebatang pokok oleh seekor anjing bernama Pickles.

Ia sekali lagi hilang di Rio de Janeiro pada 1983 dan dikatakan dileburkan oleh pencuri. Brazil yang dibenarkan menyimpan terus trofi itu kerana kejayaan muncul juara tiga kali, menggantikannya dengan trofi replika.

Bola sepak muncul dalam semua tamadun manusia

Terdapat bukti bola sepak digunakan untuk meningkatkan kemahiran askar Dinasti Han di sekitar abad kedua dan tiga Sebelum Masehi dan bukti yang sama juga ditulis dalam sejarah penduduk Jepun di Kyoto yang menendang bola di kawasan padang.


PERMAINAN bola sepak
Jepun, 'kemari'
dipercayai berasal
dari China 1,400
tahun dulu.


Dalam sejarah Greek dan Rome purba, sejenis permainan yang hampir sama dengan bola sepak juga ada tertulis dengan sesebuah pasukan mengandungi sehingga 27 pemain. Jadi sukar untuk meneka secara tepat bilakah bola sepak bermula tetapi ia wujud dalam tamadun manusia sejak 3000 tahun lampau.

Britain diakui sebagai tempat lahirnya bola sepak moden di mana ia kali pertama dimainkan di Timur England dengan penduduk tempatan menendang kepala seorang Putera Denmark yang dipancung selepas dikalahkan dalam satu peperangan.

Selepas itu, penduduk pekan di England berlawan sesama sendiri dengan peraturan permainan ialah menendang bola ke satu tempat yang sudah ditentukan dan ia disertai sehingga beratus-ratus orang dan berlangsung sehari suntuk dan ia sering kali bertukar menjadi ganas sehingga pihak berkuasa mengharamkan permainan itu.

Di England, King Edward III meluluskan undang-undang mengharamkan permainan itu pada 1331, sama juga dengan King James 1 di Scotland pada 1424 manakala Ratu Elizabeth 1 meluluskan undang-undang penjara seminggu atau kerja amal di gereja kepada sesiapa yang bermain itu.

Tetapi ia sungguh popular dan pada 1815, Kolej Eton memperkenalkan undang-undang permainan itu kepada kolej dan universiti lain sebelum ia diselaraskan dan dikenali sebagai Peraturan Cambridge pada 1848.

Biarpun ada yang menentang peraturan itu dan berpegang kepada peraturan lama sehingga wujudnya permainan ragbi, 11 kelab dan kolej mengadakan mesyuarat di Freemason Tavern dan bersetuju dengan peraturan yang diterima pakai semua pada 26 Oktober 1963 manakala mereka yang berpegang dengan gaya permainan lama memperkenalkan undang-undang permainan ragbi pada 8 Disember 1963.

Pada 1869, pakatan bola sepak di Freemason Tavern memperkenalkan undang-undang mengharamkan penggunaan tangan, sekali gus meletakkan asas bagi permainan bola sepak moden kini.

Perlawanan bola sepak antarabangsa pertama diadakan di antara Scotland menentang England pada 30 November 1872 Padang Kriket Patrick di Glasgow, Scotland manakala kejohanan pertama anjuran Fifa diadakan semasa Sukan Olimpik 1908 di London.


KASUT bola yang digunakan pemain
pada dekad 50an.


http://www.bharian.com.my/Misc/E ... 2/ArticleMukaDepan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.479726 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list