CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Cerpen: Potret Pencinta (Tamat)

[Copy link]
Post time 16-3-2015 01:31 PM | Show all posts
Nicki.


Hopefully everything will be ok.InsyaAllah.


and everybodyy take caree !

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2015 01:33 PM | Show all posts

Freeeeeddddd.....muah. *eksaited*

Hang ni timbui tenggelam.

Thanks Fred. InsyaAllah.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2015 01:34 PM | Show all posts
UsuFie replied at 16-3-2015 01:25 PM
jgn putus harap & jgn berhenti berdoa..

Thanks Usu.

InsyaAllah.

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 02:34 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 16-3-2015 01:33 PM
Freeeeeddddd.....muah. *eksaited*

Hang ni timbui tenggelam.

hehehe.


Cheq curi curi datang sini. lagipun cheq silent reader.





Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 08:23 PM | Show all posts
harap adik ko sihat yer kakku syg...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 09:44 AM | Show all posts
.... Moga beliau cepat sembuh... Insya Allah, jagn putus asa berdoa... Doa senjata paling ampuh... lebih2 lgi mereka yg menyayanginya....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2015 09:57 AM | Show all posts
semoga cpt sembuh dan dipermudahkn segala nya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2015 11:59 AM | Show all posts
@Esmiria @sellie003 @mawibotak  Thank you so much.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-3-2015 12:24 PM | Show all posts
@cmf_conan

Thanks for the tacangs.

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 07:29 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 15-3-2015 10:29 PM
@NaylaArisha @Zamzam2013 @pooh83 Thank you so much.

Dan terima kasih pada yang sudi baca (dan tu ...

no problemo sis... kami akan sentisa bersama anda...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga adik nicki sedar..insyaAllah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2015 09:12 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 18-3-2015 11:05 AM
kakZue replied at 17-3-2015 07:43 PM
Semoga adik nicki sedar..insyaAllah

Thanks kakZue

@Zamzam2013 Thanks again Zam
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 07:07 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 18-3-2015 09:12 AM
Thanks kakZue

@Zamzam2013 Thanks again Zam

it's ok @Nicki_Meow ... kita doakan yg terbaik utk beliau... semoga cepat sembuh & sihat seperti sediakala...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2015 02:20 AM | Show all posts
Fariz melangkah perlahan menuju ke katil yang menempatkan Salina. Sudah dua minggu, hospital ini menjadi rumah keduanya. Dari ICU dan kini berpindah ke wad biasa, Salina masih seperti itu. Tiada perubahan. Wajahnya kekal pucat. Empat hari lepas, Salina telah menjalani proses Trakeostomi. Satu lubang telah ditebuk pada trakea untuk membolehkan Salina bernafas seperti biasa. Walaupun proses itu berjaya, Salina masih tetap memerlukan bantuan mesin hayat untuk bernafas.  

Dalam dua minggu ini juga, telah bermacam ikhtiar Fariz cuba. Sudah berkali-kali dia bertemu pakar, membincangkan perihal keadaan Salina. Kata pakar, seandainya Salina terjaga dari koma sekalipun, keadaannya tidak akan sama seperti dulu. Otak Salina telah mengalami kerosakan kerana tiada oksigen yang sampai ke situ. Salina tidak akan mampu menguruskan dirinya sendiri lagi dan kemungkinan yang paling besar, Salina akan lumpuh seumur hidup.  Perubatan alternative juga dicuba. Telah dia berjumpa ustaz-ustaz dari pusat rawatan Islam terkemuka yang dia tahu. Juga dari beberapa orang rakan-taulan mahupun kenalan yang tahu sedikit sebanyak tentang rawatan alternatif itu. Sudah dia berusaha dengan pelbagai petua yang diberikan.

Harapannya cuma satu. Dia mahu Salina membuka kembali mata itu. Biarlah mereka kata, Salina tidak akan sama seperti dulu lagi. Biarlah walaupun Salina akan lumpuh seumur hidup. Biarlah Salina tidak akan mengingati siapa dirinya lagi, dia tidak kisah tentang itu. Asalkan Salina bangun dan tersedar, dia sudah bersyukur. Akan dia jaga Salina semampu kudratnya, selama mana nafasnya masih ada, andainya TUHAN makbulkan doanya agar Salina sedar semula.

Mereka juga mengatakan, dia perlu redha seandainya TUHAN punyai rancangan yang lain. Fariz tahu akan itu. Siapa dia untuk melawan qada’ dan qadar  TUHAN? Dia hanya berusaha, sehabis dayanya, malah melebihi kemampuan yang dia ada agar Salina kembali pada dia. Bukankah berusaha itu juga satu tuntutan?

Selebihnya, dia serahkan pada Yang Esa.

Katil Salina dihampiri. Kelihatan Puan Hashimah, ibu mertunya sedang duduk di tepi katil.

“Assalamualaikum.” Ucap Fariz.

“Waalaikumussalam.” Jawab Puan Hashimah.

“Mak pergi solat Asar dulu, Fariz.” Puan Hashimah berkata lagi seraya bangun dari duduknya. Fariz mengangguk sedikit sambil memerhatikan ibu mertuanya berlalu pergi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2015 02:23 AM | Show all posts
“Assalamualaikum, sayang.” Ucap Fariz. Satu senyuman di hadiahkan pada Salina. Katil dihampiri lalu satu kucupan diberikan pada dahi Salina.

“I love you.” Rutin itu tidak pernah tertinggal semenjak Salina berada di hospital.

Fariz duduk. Jemari Salina digenggam. Erat. Wajah Salina direnung. Tidak pernah jemu. Pada Fariz, wajah itu tetap cantik seperti selalu. Indah bak potret lukisan.

“Sayang..” Panggil Fariz walaupun dia tahu, Salina tidak akan membalas kata-katanya. Dia hanya mahu Salina mendengar suaranya. Dia mahu Salina tahu, yang dia tidak pernah jemu berada di sini, menemani Salina. Dia mahu Salina tahu, bahawa dia tidak akan berputus harap, selagi nyawa masih masih ada.

“Saya rindukan awak.” Pipi Salina diusap penuh kasih-sayang. Rindu pada Salina semakin menggunung dari hari ke hari. Cinta pada Salina tidak pernah padam.

Selalunya, Fariz akan bercerita rutin hariannya. Tentang apa yang dia lakukan. Tentang anak-anak, tentang itu dan ini pada Salina. Tetapi, hari ini entah mengapa, Fariz tidak berbuat begitu. Dia kekal merenung wajah Salina. Lama.

La Ilaha Ilallah
Muhammadur Rasulullah
La Ilaha Ilallah
Muhammadur Rasulullah


Kalimah itu diulang-ulang. Salina sering berlagu begitu tatkala mahu menidurkan Inas dan Iffah. Entah mengapa, ketika ini, dia mahu melafazkannya buat Salina.

La Ilaha Ilallah
Muhammadur Rasulullah
La Ilaha Ilallah
Muhammadur Rasulullah


Terasa ada sedikit gerakan pada jari. Fariz memandang seketika jarinya yang masih menggenggami jari Salina. Kemudian, dia kembali memandang Salina. Sekilas, ada segaris senyuman di bibir itu.

"Sayang..." Salina diperhati lebih lama.

Tiada senyuman. Apakah itu hanya mainan perasaanya tadi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2015 02:29 AM | Show all posts
“Encik. kami nak buat check-up sekejap.”

Seorang jururawat menegur.

Fariz menoleh lalu mengangguk. Jemari Salina dilepaskan lalu dia bangun. Mahu memberikan ruang kepada jururawat menjalankan tugas.

“Tadi saya terasa jari dia bergerak sikit.” Ujar Fariz. “Lepas tu, dia senyum.”

“Iya?” Soal jururawat. Fariz angguk. Jururawat tidak berkata apa-apa, hanya tersenyum mengangguk lalu meneruskan tugasnya.

“Allahhuakbar.” Tidak semena-mena, jururawat berkata kuat. “Dah tak ada nadi. Panggil doktor!”

Fariz terdiam.

“Encik, tunggu kat luar dulu.”

Suara jururawat bagai tidak didengari. Hanya apabila bahunya ditepuk dan terasa ada sedikit tolakan pada badannya, barulah Fariz bergerak menjauhi katil.

Allahuakbar...  

Dia hanya mampu memerhati mereka-mereka itu berusaha menyelamatkan nyawa Salina.

“Fariz.” Encik Masri yang baru kembali dari surau, memanggil namanya.

“Fariz.” Tampak benar wajah Encik Masri mahukan penjelasan.

“Ayah.” Fariz berkata dengan tenang. “Sal dah tak bernafas tadi. Doktor...” Ayat itu tidak mampu dihabiskan.

“Allah.” Hanya itu yang dibalas Encik Masri.

Dari jauh, kelihatan Puah Hashimah datang. Semakin lama, semakin hampir. Encik Masri memandang Fariz. Kemudian, dia menepuk bahu Fariz seketika sebelum pergi mendapatkan isterinya.

Sayup-sayup kemudian, Fariz terdengar esakan Puan Hashimah.

“Encik Fariz.”

Dia disapa lagi. Fariz berpaling. Wajah doktor yang merawat Salina itu tadi tampak muram. Fariz tahu, berita apa yang akan disampaikan kepadanya sebentar lagi.

“Saya minta maaf.” Ujar doktor itu. Fariz angguk dalam tenang.

“Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un.” Lafaz Fariz, perlahan.

Katil yang menempatkan tubuh Salina dihampiri. Jika tadi, dia tenang tatkala menerima penjelasan doktor. Namun, apabila melihat Salina, langkahnya menjadi lemah dan longlai. Saat ini, terasa segala pasak semangat yang menunjangi dirinya selama ini hilang lenyap. Terduduk dia di sisi katil.

“Sal...sayang...” Ucap Fariz. Surah Yassin yang terletak atas meja kecil di ambil lalu dibuka.

"Saya baca untuk awak, ya..."

Air mata mula gugur laju, bersama suaranya yang sayu, mengalun ayat suci itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2015 02:34 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 26-3-2015 02:57 AM

24 March, 2015

Pagi ini, cuaca redup dan mendung.

Talkin yang dibaca buat arwah sudah habis dibaca. Sedikit demi sedikit, orang ramai yang membanjiri tanah perkuburan ini mula surut.

Fariz masih di situ. Masih merenung lama tanah kuburan yang masih merah. Tidak sampai rasa hatinya mahu meninggalkan Salina di situ.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau rahmatilah roh isteriku. Sesungguhnya, dia telah menjadi isteri yang terbaik kepadaku. Ibu yang penyayang pada anak-anakku. Telah aku halalkan segala makan dan minumnya. Telah aku berikan keredhaanku sebagai suami buatnya. Tiada dosanya denganku Ya Allah, maka aku mohon kepada-MU, Kau ampunkanlah segala dosanya. Tempatkanlah isteriku di kalangan golongan hamba-Mu yang beriman.

Dan aku mohon Ya Allah. Telah kau berikan aku ujian ini. Maka pintaku pada-Mu, Kau berikanlah juga kekuatan kepadaku untuk menempuhi hari mendatang. Kuatkanlah imanku Ya Allah.


“Fariz.”

Terdengar namanya dipanggil namun Fariz tidak menoleh. Dia kekal memandang kubur Salina.

“Abi...”

Terasa ada tangan kecil menggenggam jarinya. Barulah Fariz menoleh. Wajah mulus Inas muncul depan mata. Baru dua tahun, masih pelat tatkala berbicara.

“Abi...” Inas sepertinya terpinga-pinga. Sedaya-upaya, Fariz cuba tersenyum.

“Abi...Ibu...” Inas menunjuk jari ke arah kubur arwah Salina.

“Ibu...tidur...?.”

“Iya sayang. Ibu tidur.”

“Ibu tidur dalam syurga?”

“Iya.” Air mata Fariz gugur lagi. “Jadi, kalau Inas nak jumpa Ibu lagi, kenalah jadi good girl. Doa selalu untuk ibu. Baru boleh jumpa ibu lagi...”

Inas diam. Terlalu kecil untuk mengerti.

“Fariz.”

Fariz berpaling pada Nazirah, kakak sulungnya yang sedang memangku Iffah, bayinya yang baru berumur empat bulan.

Inas dan Iffah, permata hatinya. Anak-anaknya. Hartanya di dunia yang tak ternilai.

“Jom kita balik.” Ajak Nazirah. Yang tinggal di sini hanyalah ahli keluarga mereka dan sahabat karib Fariz. Fariz angguk. Dia tahu, berat macam mana sekalipun, dia perlu pergi juga. Fariz menarik nafas. Dia memandang kubur arwah Salina lagi.

Sal...sayang,
Awaklah anugerah tak ternilai dalam hidup saya. Walaupun hanya tiga tahun, tapi tiga tahun itu teramat indah. Terima kasih sayang. Walaupun sementara, saya bahagia. Terima kasih untuk segalanya.

Sal..sayang,
Saya rindu sangat pada awak. Saya sayangkan awak, Sal. Terlalu cintakan awak. Tapi saya tahu, Allah lebih sayangkan awak dari saya. Sebab itu awak yang pergi dulu...

Sal...sayang,
Usah risau tentang saya dan anak-anak kita. InsyaAllah, kami kuat, Sal. Walaupun sekarang ni, saya tak tahu macam mana nak teruskan hidup tanpa awak. Tapi, demi anak-anak kita, saya akan teruskan. Saya janji, akan didik Inas dan Iffah sebaik mungkin, untuk menjadi anak-anak yang Solehah. Sebab saya nak, doa anak-anak kita menjadi sinar untuk awak di alam sana. InsyaAllah.

Sal...sayang,
Tidurlah dengan tenang. InsyaAllah, kita jumpa juga di lain masa.

Nanti, kami datang lagi.

Assalamualaikum, sayang...


Cuaca masih kekal redup dan mendung, tatkala tanah perkuburan itu ditinggalkan.

~Tamat~


Al-Fatihah buat Salihah Misdi.
Dirimu akan sentiasa berada dalam doa, kenangan dan ingatan kami.
Moga Allah tempatkan dirimu di kalangan golongan HambaNya yang beriman.

Amin.

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Ipo at 26-3-2015 07:24 AM

Alfatihah untuk adik ipar nicki..

Innalillahi wainna ilaihiraajiun
Semoga dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan mendapat keampunan dariNya
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 08:46 AM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiun..

Takziah nicki..moga Allah beri kekuatan dan ketabahan buat ahli keluarga nicki..terutama utk suami arwah dan anak2 arwah..beruntungnya seorg isteri yg pergi bertemu Allah dlm keadaan suaminya redha akan dirinya dan mengampuni setiap dosanya terhadap suami..

Moga arwah bahagia di taman2 syurganya skrg..moga Allah ampuni dosa arwah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 09:18 AM | Show all posts
AlFatihah

Innalillahi wainna ilaihiraajiun..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.363264 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list