View: 14339|Reply: 120
|
[Tempatan]
Luahan Hati Seorang Wanita, Terlanjur Sehingga Hamil 7 Bulan
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: “Saya lakukan pelbagai aktiviti termasuk kerja berat tanpa mengetahui saya sebenarnya sudah hamil tujuh bulan,” kata seorang wanita lepasan sebuah universiti swasta (US) di ibu kota dikenali sebagai Warti.
Warti, 24, kini menunggu masa melahirkan anak tidak sah taraf hasil hubungan dengan teman lelaki yang dikenali sejak di sekolah menengah.
Menurutnya yang juga anak ketiga daripada enam beradik dia cukup kesal dengan apa yang menimpanya dan kini hanya mampu bertaubat dan berjanji dengan keluarganya akan berkahwin dengan teman lelaki dan memelihara bayi yang bakal dilahirkan dengan sebaik mungkin.
“Kami banyak kali melakukan hubungan seks di rumah sewa teman lelaki ketika rakannya tiada.
“Pada awalnya tiada apa yang berlaku, namun saya mula bimbang apabila kerap muntah serta pening sebelum mendapatkan rawatan di sebuah klinik dengan ditemani ibu saudara serta teman lelaki.
“Saya terkejut apabila doktor memaklumkan saya hamil tujuh bulan dan apa yang terbayang ialah perasaan ibu bapa jika mereka mengetahuinya,” katanya.
Menurut Warti, ketika itu dunia dirasakan gelap dan dia hanya mampu menangis walaupun ditenangkan teman lelaki, namun dia tetap bimbang dengan penerimaan ibu bapa serta keluarganya.
Katanya yang baru menamatkan pengajian dalam bidang teknologi maklumat, ibu saudaranya turut berang namun mengawal perasaannya kerana tidak mahu memburukkan keadaan.
“Saya mengambil masa seminggu untuk memaklumkan kehamilan kepada ibu bapa dan mereka cukup kecewa dengan apa yang berlaku.
“Teman lelaki pula memaklumkan akan bertanggungjawab dan akan menikahi saya sebaik bayi dilahirkan,” katanya.
Keluarga yang bimbang dengan apa yang berlaku terhadap Warti menjadi tohmahan masyarakat mengambil keputusan menumpangkan wanita berkenaan di rumah perlindungan Baitul Fiqh, Subang Jaya sejak awal Januari lalu.
Menurut Warti, apa yang dilakukan kini mendalami ilmu agama sebaik mungkin selain bertaubat kerana dia cukup kesal dengan apa yang dilakukannya.
“Di Baitul Fiqh saya diberi lebih banyak pendedahan berkaitan agama seperti membaca al-Quran, kelas Fardu Ain dan kuliah oleh tenaga pengajar yang datang ke sini.
“Walaupun baru masuk ke sini, banyak yang saya belajar malah pengurusan Baitul Fiqh turut mengajar saya kemahiran seperti menghasilkan pelbagai jenis kuih dan kek.
“Saya juga terbabit dengan program bantuan kemanusiaan dianjurkan Baitul Fiqh seperti menyediakan bekalan makanan untuk dihantar kepada mangsa banjir di Manek Urai, Kelantan, baru-baru ini,” katanya.
Menurut Warti, dia kini lebih tenang dan menyatakan semua yang berlaku itu memberi banyak pengajaran kepadanya untuk menjadi insan lebih berguna.
“Saya insaf dan bertaubat atas kesalahan yang saya lakukan. Semoga kisah saya ini boleh dikongsi dengan wanita lain supaya kita tidak terlalu mengikut nafsu kerana akibatnya cukup buruk,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Isu semasa ke ni??....... |
|
|
|
|
|
|
|
Dik.. Ko mengeluh pun tak guna. Control urself lah. Ikut kata boyfren sundrik merana, pastu nangis luah perasaan. U've got choices, u've pick one way. Harap2 lps branak tu jgn lepas tanggungjawab plop. |
|
|
|
|
|
|
|
ini issue minta 0belai kasihan. mana tau kalau ada abg sado yg macam aaron ajis dlm cerita suamiku mr perpek 10 ambek dia jadi isteri. Nasib batu tenggelam. nasib sabut timbul maah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Masa bersedap tak meyesal pulak... bila dah kembung baru menyesal... bimbo sangat dik jawapan ko.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah naik jelak dengar stekmen
Stekmen betina cenggini,
Mase bersedap sedapan dulu
Xingat mak bapak, Allah jauh sekali,
Bile dh mengandong anak haram
Baru nk ingat mak bapak, allah.. Bertaubat lah ko, jaga anak ko tu elok elok, jgn kasi dia mewarisi pangai ko tu, and ko pulak jgn insap sekejap je, lpas tu menyundal balek, kahwin pon ntah ke mane ??, taubat jauh sekali... tau tau keluar anak lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
wanita ni dah berumur 24 tahun, dah berzina berkali2 boleh tak terfikir ke perbuatannya boleh membuat dia mengandung? Dah hamil 7 bulan pun masih tak ngaku tak sedar bahawa dia hamil? Apa ke baghal benar alasannya.
Lepasan dari sebuah uni tak boleh terfikir ke kalau haidz tak datang selama 7 bulan tu, ada yg tak kena.
Dah terkantoi baru nak menyesal. Kalau tak hamil, enak sajalah teruskan perzinahan? Okeylah, kalau nak bertaubat kerana itulah jalan yg sebaik2nya. Mengakui boifren mau bertanggungjawab, akan menikahi dia selepas anak dilahirkan, boleh percaya ke? Buatnya boifren menghilangkan diri macamana. Yg lebih pentingnya, anak tu nak bernasabkan sape? Setakat akan ada nama berbin/berbinti sebuah nama seorang lelaki sahaja. Sedih lagi, jika anaknya perempuan hanya akan berwalikan wali hakim. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah banyak kali citer sebegini diulang citer tapi perkara yang sama masih tetap berulang |
|
|
|
|
|
|
|
bukan nak mengalakkan maksiat.. ini sex education okei..
if had do unprotected sex, just pergi farmasi beli benda ni
orang pangil pil plan B / pil after sex.
kena telan within 72 hours AFTER had sex. utk matikan sperm tu.
RM6 utk 2 bijik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Why menyesal? Syukur la dpt anak. Rezeki tu....... |
|
|
|
|
|
|
|
Dan kalo anak tu dah kawin nanti, akan terbit lah rangkaian and susur galur dari anak harooommmm...
Kesian ngan generasi berikutnya, terus dlm keturunan tu, akibat betina sebegini.
P/s: statistik anak harooommmmm di negara meleis yg kononnya negara Islam, telah mencecah dua ratus ribu lebey...syabas! Meleis volehhh!
|
|
|
|
|
|
|
|
meleiiisssssss
|
|
|
|
|
|
|
|
new bussiness right now di malaysia.. buat pusat penjagaan wanita hamil... jaga pompuan mengandung sampai beranak, bayar RM5k sampai beranak, kalau tak boleh bayar, anak akan dijual pada keluarga angkat... |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak bila universiti swasta boleh disingkatkan kepada US? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ada pun indon bernama Warti yg hamil anak luar nikah mana ada yg nak buang masa bersembang dgn pekerja harian metro miskin lemah hina? |
|
|
|
|
|
|
|
mesti kaum yg jaguh buat anak haram (cina dan india) penuh dalam tuh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Indon pun ludah saja ama pekerja harian metro |
|
|
|
|
|
|
| |
|