View: 4391|Reply: 12
|
[Tempatan]
Kerana denggi, gelang halau nyamuk laris dipasaran
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Gelang untuk menjauhkan nyamuk keluaran sebuah syarikat Korea Selatan kini mendapat permintaan tinggi berikutan peningkatan kes denggi di negara ini.
Produk itu yang didakwa pengedar tempatan 300 peratus berkesan itu mula dijual secara atas talian sejak beberapa tahun lalu dengan harga serendah RM5 bagi satu paket.
Pengedar yang hanya mahu dikenali sebagai Afnan, berkata beliau mengimport produk penghalau nyamuk berkenaan terus dari Korea Selatan.
"Permintaan untuk gelang kini mencecah hampir 10,000 paket sebulan kerana faktor kes denggi.
"Kandungannya adalah bahan semula jadi seperti lemon, lavender, citronella (serai wangi) dan tidak bertoksik," katanya kepada BH.
Beliau yang menjalankan perniagaan atas talian di Johor, berkata satu gelang mampu bertahan selama 240 jam untuk penggunaan berterusan dan sesuai digunakan ketika waktu tidur.
Afnan turut mendakwa pihaknya mendapat kelulusan dan pensijilan dari Korea Selatan sejak 2007 dan produk itu selamat digunakan.
Seorang lagi pengedar di Seremban, Ierwan Taib, 38, berkata beliau mula menjualnya sejak tahun 2010 dan mendapat maklum balas positif daripada pengguna.
"Ia memberi keselesaan kepada pengguna terutama waktu tidur, tidak diganggu nyamuk dan boleh tidur nyenyak," katanya.
Tinjauan BH mendapati produk itu turut dijual di premis menjual kelengkapan rumah dan farmasi di sekitar Lembah Klang pada harga RM9 satu paket.
Seorang pekerja kedai farmasi yang enggan namanya disiarkan berkata, produk itu mendapat permintaan tinggi sejak kebelakangan ini sehingga terpaksa menambah stok setiap dua minggu.
"Ia sesuai digunakan ketika melakukan aktiviti luar seperti memancing atau berkhemah di dalam hutan," katanya yang mendapatkan bekalan daripada pembekal tempatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada Dato jual tak gelang gini? |
|
|
|
|
|
|
|
Saya jika masuk hutan saya selet minyak bawang putih jah..tercirit nyamuk2 bangsat lari sis..tapi yang cucuk bunga cengkih atas limau nipis itu dusta segala..ngak ada effect dkt nyamuk tanah air. |
|
|
|
|
|
|
|
beli serai wangi pun boleh utk halau nyamuk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap bukan la penipu mcm gelang magnet ackiok... Tp ni jauh murah kalau nak banding gelang ajaib si ackiok tu |
|
|
|
|
|
|
|
ade kenal sesape yg jual ker??....area phg kat ner ade...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kena tipu pon setakat rm5 bagi sedekah je |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah kena denggi boleh cuba supplement yang Encik Jalil 0162818106 ni jual. Insyaallah boleh mempercepatkan immune response terhadap virus denggi, virus baru pun ok. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dijual ikut style MLM sah-sahlah harga RM100 sepaket
|
|
|
|
|
|
|
|
‘Bukan produk kami’
Georgetown: Kementerian Kesihatan tidak bertanggungjawab terhadap penjualan gelang penghalau nyamuk yang didakwa dijual secara atas talian sejak beberapa tahun lalu.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, kementerian tidak pernah menghasilkan sebarang produk luaran untuk mengatasi wabak denggi yang melanda negara.
“Itu bukan produk kami, namun kes demam denggi ini menyebabkan rakyat menjadi semakin kreatif untuk menghasilkan pelbagai produk penghalau nyamuk.
“Setakat ini kita tidak menerima sebarang laporan kes daripada pengguna gelang berkenaan bagaimanapun kita tidak menggalakkan orang ramai membeli kerana apa yang lebih utama adalah menjaga kebersihan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Transformasi Sosial di Teluk Kumbar di sini, semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
nak halau nyamuk ni senang. sembur minyak wangi kat badan.nyamuk x akan dekat |
|
|
|
|
|
|
|
famri7 replied at 14-3-2015 03:11 PM
Saya jika masuk hutan saya selet minyak bawang putih jah..tercirit nyamuk2 bangsat lari sis..tapi ya ...
Hahahaha. ..
Baru ingat nak cuba sis famri.... tak bekesan kepada nyamuk tanah air rupa2nya... |
|
|
|
|
|
|
|
most win komen. |
|
|
|
|
|
|
| |
|