Di sini diselitkan satu brosur yang bocor di Internet yang menunjukkan spesifikasi Mazda 3 bagi model CKD yang bakal dijual di Malaysia. Menurut satu sumber dari Carlist.my yang berhubung dengan Bermaz – pengedar sah Mazda Malaysia – maklumat yang tercatit pada brosur tersebut agak tepat walaupun tidak diberikan pendedahan sepenuhnya tentang perkara tersebut. Dalam brosur tersebut, terdapat 3 spesifikasi yang ditunjukkan di mana bahagian kiri gred ‘mid’ dan bahagian tengah gred ‘high’ dikatakan spesifikasi bagi model 2015 Mazda 3 Sedan CKD manakala pada bahagian kanan gred ‘mid’ pula menunjukkan spesifikasi bagi model 2015 Mazda 3 Hatchback CKD. Dari brosur tersebut, dapat dilihat yang varian Sedan ditawarkan dalam dua pilihan manakala varian Hatchback pula hanya satu spesifikasi bakal dijual. Harga anggaran bagi model 2015 Mazda 3 CKD ini dijangka bakal dijual bermula pada harga RM105,000 bagi varian asas dan boleh mencecah anggaran RM140,000 bagi spesifikasi penuh. Jika benar spesifikasi di atas diberikan pada model CKD, kebanyakan ciri-ciri terbaru diselitkan ke atas varian 2015 Mazda 3 Sedan CKD spesifikasi penuh termasuk: – MZD Connect
– Kamera Pandang Belakang
– Smart Keyless entry (bermula dari varian asas)
– 6 Beg Udara (bermula dari varian asas)
– Head Up Display (HUD)
– High Beam Control (HBC)
– Lane Departure Warning
– Smart City Brake System (SCBS)
– Dynamic Stability Control (bermula dari varian asas)
– Tempat duduk kulit (spesifikasi penuh sahaja)
– Paddle shifters (spesifikasi penuh sahaja)
Buat masa ini, kita cuma perlu tunggu sehingga Bermaz membuat pendedahan sepenuhnya ke atas model CKD terbaru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
|