CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2232|Reply: 0

Fazli mula musim baharu tawan Temerloh

[Copy link]
Post time 17-3-2015 12:24 PM | Show all posts |Read mode

Aksi Fazli dalam perlumbaan pertama di Temerloh, kelmarin.                                                                                                                                   

JUARA
dua kali, Ahmad Fazli Sham memulakan musim baharu cemerlang setelah muncul juara Kategori CP130 Pusingan Pertama Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2015 di Temerloh, Pahang, kelmarin.
       
        Penunggang Petronas Yamaha Maju Motor itu menamatkan 18 pusingan perlumbaan dengan masa 13:30.577s, 0.754 di hadapan penunggang Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing, Zamri Baba.
       
        “Jentera kami berada pada keadaan begitu baik pada perlumbaan pertama ini. Meskipun kami masih menggunakan jentera 2014, namun kami menggunakan enjin yang dipertingkatkan kuasa ke tahap terbaik.
       
        “Pengurus kami, Yong Ying Hoe menjelaskan kuasa enjin kami belum berada pada tahap optimum dan masih boleh ditingkatkan lagi,” kata Ahmad Fazli yang kini mendahului kedudukan keseluruhan pelumba.

sumber:sinar harian



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.055514 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list