CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 63621|Reply: 304

Kisah keanehan nafsu Sultan Mahmud Shah II beristerikan jin dan seorang peliwat

  [Copy link]
Post time 17-3-2015 10:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ifanonline at 17-3-2015 10:30 PM

Kisah keanehan nafsu Sultan Mahmud Shah II beristerikan jin dan seorang peliwat
                                                                                                                                                                                                                                                                                 
Nama asalnya ialah Raja Mahmud dan bergelar Sultan Mahmud Shah II, Sultan Johor ke-10 (tahun pemerintahan dari 1685 – Ogos 1699). Baginda ditabalkan ketika berumur 10 tahun. Baginda Sultan Mahmud diputerakan pada tahun 1675. Baginda merupakan keturunan terakhir Raja Fatimah cucu kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II iaitu raja pertama yang membuka Johor Lama pada tahun 1530.

Ketika hayat baginda Sultan Mahmud, urusan pentadbiran dijalankan oleh Bendahara. Pusat pemerintahan berada di Kota Tinggi, dan Johor Lama dijadikan istana hinggap. Disinilah Temenggung menjaga Kota Johor Lama.

Sultan Mahmud Shah II dikaitkan dengan kezaliman dan menimbulkan pergolakan dalam negeri. Pada tahun 1697, Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia dan disebut “Marhum Padang Saujana”.

Pada hari Jumaat, Ogos 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat dalam usia 24 tahun, dipercayai ditikam oleh Megat Seri Rama. Akhirnya baginda lebih dikenali sebagai “Marhum Mangkat Di Julang” atau “Marhum Kota Tinggi”. Baginda dimakamkan di Kota Tinggi

“Dalam Tahfatu’l Nafis karangan Raja Ali Haji Riau ada slot kisah menggambarkan perangai Sultan Mahmud Raja Johor yang mati dibunuh dalam peristiwa Sultan Mangkat Dijulang. Secara halus Raja Ali Haji menyifatkan keganjilan peribadi sultan ini kerana baginda beristerikan peri (sejenis jin) yang begitu cemburu sehinggakan tiadalah sultan itu dapat bersama dengan mana-mana isterinya dari jenis manusia.

Baginda itu akhirnya dikatakan mewarisi perilaku songsang seperti kaum Nabi Lut. Sultan Mahmud adalah keturunan dari Raja Melaka yang melarikan diri setelah Melaka jatuh di tangan Portugis tahun 1511. Semasa kanak-kanaknya, baginda dipangku di atas takhta oleh ibu tirinya dan kerajaan ditadbir oleh Paduka Raja Tun Abdul Jamil & keluarganya. Apabila baginda beransur dewasa dan mengambil alih tampuk pemerintahan, pusat pemerintahan berpindah dari Riau ke Johor Lama. Di sanalah baginda memerintah dengan kezaliman.

Alexander Hamilton, seorang pelayar Inggeris yang sempat berkunjung ke Johor Lama tahun 1695 menulis tentang keganjilan perilaku sultan tersebut. Baginda bertabiat bengis dan ganjil. Ini disahkan juga oleh utusan Belanda ke Johor tahun 1699 yang melaporkan sultan itu terlalu muda dan sukar dikawal. Sultan ini menghabiskan masa dengan keseronokan yang keji-keji dan membunuh orang sesuka hati. Nafsu serakahnya lebih cenderung kepada lelaki yang cantik-cantik. Alexander dalam bukunya, ‘A New Account of The East Indies’- Edinburgh 1727 ada melakarkan kisah seperti berikut:

Baginda ialah peliwat yang hebat dan mengambil ramai orang kaya atau anak laki-laki orang Bangsawan, dengan paksa membawa kedalam istananya untuk khidmat kesat tersebut. Pedagang Moorish, iaitu pemunggah di kapal saya mempunyai seorang anak lelaki yang kacak, pada suatu hari Raja telah terlihat dan memerlukan ia untuk catamite. Baginda mengancam bapanya, jika dia tidak menghantarnya dengan sukarela, baginda akan mendapatkannya secara paksa. Orang miskin tersebut telah mengambil anaknya diatas kapal, (lalu) memohon perlindungan dari saya yang telah saya janjikan padanya..” ( Winstedt 1932).

Diberitakan ramai lelaki kacak menjadi mangsa kebuasan nafsu Sultan Mahmud in
i. Kemuncak kezalimannya ialah membunuh isteri orang besarnya iaitu Megat Seri Rama. Isterinya, Dang Anum yang mengandung sarat itu mengidam buah nangka dalam taman diraja. Apabila baginda tahu kejadian itu, baginda dengan zalim atau kebodohannya telah membelah perut Dang Anum bagi melihat betulkah anak dalam kandungan yang mengidam buah nangka raja.

Megat Seri Rama (bergelar Laksamana Bentan) yang balik dari medan peperangan di Linggi atas perintah sultan itu telah dikhabarkan kematian tragis isteri kesayangannya. Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil dengan pembesar istana lainnya bersepakat untuk menghapuskan raja. Menurut adat Melayu, seseorang raja boleh diturunkan dari takhta apabila terbukti ia gila atau murtad. Mereka bersepakat dalam musyawarah yang telah diadakan secara tertutup untuk membunuh raja.

Walau bagaimanapun, ada seorang pembesar bernama Orang kaya Seri Bija Wangsa dari suku orang laut menentang komplot itu kerana tidak mahu menderhaka kepada raja. Bagi menjayakan rancangan dan menutup rahsia misi penting itu, Seri Bija Wangsa dibunuh orang dengan keris penyalang. Pembesar ini merupakan orang keutamaan suku Orang Laut (orang Riau/Lingga) yang pernah menjadi pembantu laksamana dalam perang Johor-Bugis di Linggi. Orang-orang Laut sangat marah dan berdendam atas kematian pembesar mereka itu. Manakala Megat Seri Rama mengambil tugas berat untuk menderhaka dan ketika tepat waktunya sultan dijulang jejuaknya ke masjid untuk sembahyang Jumaat (peliknya baginda masih menunaikan haknya sebagai Muslim), Megat Seri Rama pun membunuh Sultan yang dianggap gila itu dan tragedi itu dikenali sebagai ‘Sultan Mahmud Mangkat Dijulang’. Kononnya sebelum mati, baginda sempat menyumpah pembunuhnya dan mengharamkan 7 keturunan Megat Seri Rama dari menjejaki Johor lama itu.

Mengikut perbualan orang di negeri selatan itu, masih ada keturunan Megat Seri Rama yang akan pening kepala dan muntah darah bila berkunjung ke daerah pembunuhan sultan tersebut. Sultan Mahmud dimakamkan orang di Kota Tinggi pada tahun 1699 dan dengan kematian baginda maka putuslah zuriat raja-raja Johor dari keturunan dinasti Raja Melaka. Menurut orang tiadalah sultan itu berputera kerana tiada benih dengan perempuan kerana fitrah luar tabienya itu.

Tetapi ada pula seorang penuntut takhta sultan yang bergelar Raja Kecil. Kononnya raja ini mendakwa ia ialah anak Sultan Mahmud Shah II yang masa kecil dilarikan oleh pembesar baginda ke Muar. Anak perempuan pembesar itu telah diperisterikan oleh Sultan Mahmud dan mendapat Raja Kecil ini. Oleh kerana haru-biru dalam istana gara-gara perilaku ganjil sultan maka pembesar itu menyelamatkan cucunya (Raja Kecil).

Raja Kecil kemudiannya dibawa orang ke Pagar Ruyung. Apabila dewasa, lalu beliau dengan bantuan orang Minangkabau dan Orang Laut menyerang Riau. Tahun 1719 Riau dapat ditawan, kerabat Sultan Abdul Jalil habis dibunuh. Sultan Abdul Jalil diturunkan pangkat menjadi Bendahara dan anaknya dikahwini oleh Raja Kecil. Bendahara ini melarikan diri ke Terengganu tetapi dapat dibunuh oleh orang upahan Raja Kecil, dan anaknya Raja Sulaiman ditawan.

Di Johor pula, persepakatan telah diwujudkan dengan orang Bugis diketuai oleh Daeng Marewa untuk menghalau Raja Kecil. Angkatan Bugis yang terkenal itu akhirnya berjaya menghalau Raja Kecil dan Raja Sulaiman kembali dinaikkan takhta kesultanan Johor Riau. Zaman kesultanan kerabat Sultan Abdul Jalil inilah menjadikan Riau terkenal sebagai pusat perdagangan dan agama Islam. Riau dikenali “Pulau Segantang Lada” yang dikunjungi berbagai pedagang dari Eropah dan timur jauh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-3-2015 10:33 PM | Show all posts
hairan aku, mcm mane mereka semua ni bleh jadi ketua agama islam kpd kaum melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Isu semasa kah??patot ltk board mitos,lagenda & sejarah
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 10:41 PM | Show all posts
Neh mcm ketum ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2015 10:42 PM | Show all posts
ini menunjukkan malaysia tidak memerlukan sistem monarki...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 10:44 PM | Show all posts
Bideo heshe mengetum xder ker? Nasib lar pempuan2 sitiew jd andartu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2015 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrg ifan dah beralih arah ke peliwat pulak....sblm ni andartu saja...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 10:50 PM | Show all posts
macam mana tau beliau top?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2015 10:51 PM | Show all posts
ifanonline replied at 17-3-2015 10:33 PM
hairan aku, mcm mane mereka semua ni bleh jadi ketua agama islam kpd kaum melayu...

memang hairan.. lagi hairan tak malu pulak turun naik mimbar baca khutbah sekali sekala..

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 10:58 PM | Show all posts
mohtep nak membuka kisah sejarah kat bod CI???
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam versi ni..nama jenis jin tu peri..

masa kecik.aku dimomokkan yg ada sorg moyang moyang sultan chilantan kawen nga hantu pari...cun plak tu....  
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 11:01 PM | Show all posts
post ini diterbitkan sempena kemahkotaan negeri selatan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 11:02 PM | Show all posts
Eh, Infonoline, apasal alih-alih bukak benang sejarah.......????
Biarlah aku sambung cerita kau tu ye.
Raja Kecil dari Siak ini, sebenarnya is just a pretender.
Pedagang Belanda berkata, mustahil Raja Kecil ini adalah
anak Sultan Mahmud kerana dia kelihatan sudah berusia
sedangkan pada tahun 1722, usia anak Sultan mahmud
sepatutnya awal 20han. Dan 'Peri' (isteri Sultan Mahmud)
tu sebenarnya daripada perkatan 'Peria' - lelaki remaja.
KIKIKIKI............
Anak Raja Bugis, Daeng Marewah inilah asal usul keturunan
Sultan Johor sekarang. Anak-anak Raja Bugis ini adalah mecenary
dan terkenal sebagai lanun yang menyerang kapal-kapal
barat di Nusantara. Setelah Bendahara Abdul Jalil dibunuh
oleh Raja Kecil dari Siak (baginda dibunuh ketika sedang sujud),
Anak perempuannya yang sulong, Tengku Tengah menjemput
anak-anak Raja Bugis Lima bersaudar untuk menolongnya
menghalau Raja Kecil dengan janji akan menjadi "penanak nasi"
untuk Daeng Marewah. Setelah Raja kecil dihalau , Daeng
Marewah pun kahwin dengan Tengku tengah.
Keturunan Daweng Marewah+Tengku Tengah inilah yang
melahirkan keturunan Sultan Johor sekarang, bermula dari
Temenggong Daeng Ibrahim. Merekalah yang membuka
Tanjung Puteri dengan menggunakan kuli Cina menanam
gambir dan melombong bijih timah di Kota Tinggi. Tetapi,
penemuan getah percha menjadi punca kekayaan Sultan
Abu Bakar kerana pada masa itu telegraph menggunakan
getah percha.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
NAT_11 replied at 17-3-2015 11:02 PM
Eh, Infonoline, apasal alih-alih bukak benang sejarah.......????
Biarlah aku sambung cerita kau tu  ...

Sambung lg..kalau ada yg ttggal..info menarik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2015 11:07 PM | Show all posts
oni313 replied at 17-3-2015 11:01 PM
post ini diterbitkan sempena kemahkotaan negeri selatan...

mcm ade kaitan plak ye dak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2015 11:09 PM | Show all posts
NAT_11 replied at 17-3-2015 11:02 PM
Eh, Infonoline, apasal alih-alih bukak benang sejarah.......????
Biarlah aku sambung cerita kau tu  ...

hmmm...menarik...so keturunan sekarang ni hasil benih lanun la ye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2015 11:14 PM | Show all posts
fire_place replied at 17-3-2015 11:05 PM
Sambung lg..kalau ada yg ttggal..info menarik.

Pada zaman itu, Maharaja Abu Bakar tersangat kaya,
melebihi kekayaan Sultan Brunei sekarang. Sebab itu
baginda sentiasa menghadiri party-party yang dianjur
oleh the European Royalties. Baginda juga sahabat baik
kepada Queen Victoria. Queen Victorialah yang menganugerah
gelaran "Sir" dan mengiktiraf baginda sebagai pemerintah Johor
yang sah dengan gelaran 'Maharaja' kerana menghormati Sultan Ali,
iaitu Sultan keturunan Bendahara Abdul Jalil yang menjual
S'por kepada British pada tahun 1819.
Sekain.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 11:17 PM | Show all posts

Kesah Maharaja China Pulak

Turun-temurun sejak berabad2 ataupon mungkin bermilenium lamanye, pekerja2 lelaki di istana akan dipotong kemaluan bagi mengelakkan mereka menggoda gundik2.





Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 11:21 PM | Show all posts
ifanonline replied at 17-3-2015 11:09 PM
hmmm...menarik...so keturunan sekarang ni hasil benih lanun la ye?

Mereka menyerang kapal-kapal BARAT yang menjarah
kekayaan di Nusantara. They are mecenary soldiers.
Mereka juga menyerang Portugis dan Belanda di Melaka.
Daeng Marewah mati dalam salah satu serangan bersejarah
ke atas Belanda di Melaka.
Kalau meneyrang kapal-kapal orang Barat dianggap lanun,
than Sir Francis Drake & Sir Walter Realigh pun adalah LANUN
kerana mereka menjarah kapal-kapal Spanyol yang membawa
pulang emas daripada kekayaan kaum Aztec di Amerika Latin.
Anak-anak Raja Bugis menyerang musuh mereka - orang Barat
yang menjarah harta di Nusantara, di bawa pulang ke negara
masing-masing untuk membina empayar yang kemudian,
menjajah kita.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 11:22 PM | Show all posts
MissNigga replied at 17-3-2015 02:58 PM
mohtep nak membuka kisah sejarah kat bod CI???

tt slh parkingggggg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.066386 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list