View: 5132|Reply: 41
|
[Tempatan]
90% Pencarum KWSP Tidak Mempunyai Wang Yang Cukup Selepas Bersara?
[Copy link]
|
|
Sebanyak 90 peratus daripada pencarum kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) tidak mempunyai wang yang cukup untuk menampung kos sara hidup selepas lima tahun bersara. Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berkata, maklumat itu diperolehi daripada laporan Pembangunan Manusia Malaysia 2013 yang dikeluarkan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP).
Katanya, kos tempat tinggal, makan minum dan perubatan antara faktor mendorong menambah tekanan kepada golongan tua atau warga emas di hari kelak.
“Masalah peningkatan kadar penuaan di kalangan penduduk di negara ini bukan sahaja menjejaskan warga tua, malah memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara
“Negara seharusnya memanfaatkan warga emas yang kian meningkat dan membuat persediaan awal menempuh negara tua.
“Negara yang mempunyai 15 peratus warga emas daripada keseluruhan penduduk adalah negara tua dan individu berusia 60 tahun ke atas adalah warga emas,” katanya pada Majlis Perasmian Persidangan Meja Bulat Seminar Realiti Masyarakat Menua: Punca dan Cabarannya di Malaysia, di Dewan Besar IKIM, di sini, semalam.
Seramai 100 peserta daripada pelbagai jabatan kerajaan dan swasta hadir pada seminar selama dua hari bermula semalam, anjuran IKIM dan dirasmikan Nik Mustapha. Dalam pada itu Nik Mustapha berkata, dalam satu laporan dikeluarkan PBB pada 2012, terdapat 2.43 juta atau lapan peratus warga emas di Malaysia dan dijangka meningkat 20 peratus pada 2050.
“IKIM mengambil inisiatif menganjurkan persidangan ini bagi membincangkan topik ini secara serius dan mencari pendekatan terbaik menghadapi cabaran ini,” katanya. Menurutnya, di negara barat, selain daripada kebimbangan pertumbuhan ekonomi, peningkatan bilangan warga tua dilihat sebagai faktor yang menyumbang kepada peningkatan kos perbelanjaan awam.
“Kebimbangan ini asasnya kerana ketidakseimbangan dalam peningkatan warga tua yang tidak bekerja berbanding golongan penduduk yang aktif bekerja menyebabkan kos perbelanjaan pencen serta perubatan dan penjagaan bertambah,” katanya.
Beliau menambah, kesan kualiti hidup terjejas kerana pihak kerajaan tidak mampu mengekalkan keseimbangan antara perbelanjaan awam dan hasil pungutan cukai.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mac 2015 @ 5:03 AM - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37604#sthash.oo9goDN5.dpuf
|
|
|
|
|
|
|
|
itu bagi yang pilih kwsp...
kakitangan awam ramai pilih pencen...
ada suami isteri,pilih dua2..isteri ambk pencen,suami ambik kwsp.. |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya kalau pandai merancang xde membebankan sangat..
rumah,kete dah selesai bayar..(xkan lepas pencen nak beli kete baru lagi)
anak2 dah habis sekolah..(xkan anak2 xmenyumbang)
yang yang perlu bil2 utilities..kos rawatan..
makan, |
|
|
|
|
|
|
|
xdn 55 pakat kluaqkn habeh dahhh... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by primemova at 18-3-2015 08:33 AM
Pakatan rakyat bakal mainkan issue kwsp pulak utk buat rakyat benci kerajaan .... Selepas isu gst dan 1mdb |
|
|
|
|
|
|
|
mil aku dpt duit x sampai setahun abis....
joli sana sini |
|
|
|
|
|
|
|
yela dah tua2 anak2 la yg bg duit... biar mak ayah relaks je.... pencen dah ade... dok trg... amenda nak beli lg... stakat makan minum berdua je.....
sbb tu nak keje gomen....dah tua ade org tanggung lg....
|
|
|
|
|
|
|
|
biasa beli rumah kan.... klau tak dlu beli computer pun guna duit kwsp.... pastu kawtim ngan taukey komputer.... buat bil palsu.... komputer takde pun
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak pandai urus memang cepat habislah...
ader jer kawan aku dah 5 tahun bersara
duit beratus ribu dalam bank/asb
nak beli keta dah ada 3 bijik
nak beli rumah pun dah ada 2 bijik
anak2 pun dah pandai beri dgn orang tua
dia cakap mintak sihat tubuh badan jerlah sekarang ni |
|
|
|
|
|
|
|
klau hbis psl ade anak2 yg gedik p mintak ngan ayah tu lg haru.... tak malu sungguh
|
|
|
|
|
|
|
|
primemova replied at 18-3-2015 08:28 AM
Pakatan rakyat bakal mainkan issue kwsp pulak utk buat rakyat benci kerajaan .... Selepas isu gst da ...
Seolah olah kalau depa jadi fed gov masalah tu semua akan hilang. Hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
erm.. kdg2 mkbpk terlebih manjakan ank ank pndai mujuk gigih la beli keta ank dgn duit epf..sponser kenduri kwen ank la..min angin ..mana x hbs duit..klu epf cecah jutaan ok la jgk.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau anak yang jenis mengenang budi...
fikir susah payah parent tanggung meke dulu,
time ni la nak balas jasa..
biar makpak rileks,buat aktiviti yang meke suka
|
|
|
|
|
|
|
|
hmm memang banyak sebab
dah dpt kuar habis nak beli keta mahal lah
beli perabot, bini kat rumah minta beli emas besar rantai kapal la
anak2 yang dah keja mintak lagi, beradik pun nak pinjam jugak
byk kes sebenarnya...
kalau duit hari tua tu cukup2
apalah yg tinggalkan?
sebab tu kena pandai urus
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau duit banyak tak apa nak bantu anak2
tapi ramai jer anak2 sekarang ni
seronok jer dpt bantuan mak ayah
dah dapat tak ingat dan mcm tak hingin nak bayar balik
yerlah saguhati dari orang tua kan...
ingat banyak sangatlah duit yg dapat tu
|
|
|
|
|
|
|
|
lepas nie....pakat beli khemah je laa... |
|
|
|
|
|
|
|
orang melayu ni bila ada duit banyak depan mata memang nafsu terus menguasai diri..sepatutnya semua bakal2 pesara kena la pergi kursus khas sebelum bersara untuk ajar macamana nak manage duit atau bagi nasihat kepada diorang tak kira la walupon orang tu keje sektor kerajaan ke kilang ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
kite tgk mak ayah rasa sayu je.... umur pun dah nak cecah 70...
tp tak tahu la org lain mcm mana.... hulur jela brp yg mampu....
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi IKIM ni pro pakatan ka kaka?
|
|
|
|
|
|
|
|
klau ayah nak bg pun patutnya anak2 tolak.... duit kwsp ayah pun sibuk nak merasa...
klau bg harta pusaka tu lain cite....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|