CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4920|Reply: 3

Microsoft Akan Menamatkan Jenama Internet Explorer

[Copy link]
Post time 18-3-2015 10:20 AM | Show all posts |Read mode
Microsoft Akan Menamatkan Jenama Internet Explorer Bersama-sama Pengenalan Windows 10

Internet Explorer merupakan pelayar web utama yang hadir bersama-sama sistem operasi Windows. Sejak beberapa tahun lepas, Microsoft telah mula menambah-baik penawaran pelayar web berkenaan, tetapi pengguna masih tidak dapat menerima penggunaannya – salah satu sebabnya adalah kerana jenama Internet Explorer yang selalu sinonim dengan pelbagai masalah ketika melayari web beberapa tahun lepas.

Pada awal tahun ini, ketika berkongsi mengenai beberapa fungsi Windows 10, Microsoft telah memperlihatkan pelayar web baru menggunakan nama kod “Project Spartan”. Kini, ia dilihat pelayar web berkenaan kelak akan menggantikan Internet Explorer, dan pada masa yang sama penggunaan jenama Internet Explorer akan ditamatkan secara berperingkat selepas itu.
Ia dikatakan Microsoft akan masih menyertakan Internet Explorer, tetapi lebih kepada Windows 10 versi perusahaan – sebaliknya untuk pengguna umum mereka dijangka akan memperkenalkan pelayar web baru berasaskan “Project Spartan” ini. “Project Spartan” ini dikatakan akan menjadi medium utama untuk para pengguna melayari web pada Windows 10 kelak.
Microsoft dikatakan masih sedang memikirkan nama baru untuk pelayar web mereka yang bakal menggantikan Internet Explorer kelak. Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai perancangan Microsoft ini dalam masa beberapa bulan lagi, dan melihat sendiri bagaimana pihak Microsoft ingin mengubah persepsi pengguna terhadap pelayar web mereka melalui pengenalan jenama baru kelak.
                                                                                                                                                                                                        Sumber Rujukan: Verge

kredit:www.amanz.my


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2015 08:38 AM | Show all posts
Saya masih lagi pakai IE. Macam mana cara untuk menggantikan IE?
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 12:30 AM | Show all posts
hayrin86 replied at 7-5-2015 08:38 AM
Saya masih lagi pakai IE. Macam mana cara untuk menggantikan IE?

pakai la chrome atau firefox
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 09:13 AM | Show all posts
hayrin86 replied at 7-5-2015 08:38 AM
Saya masih lagi pakai IE. Macam mana cara untuk menggantikan IE?

Internet Explorer still lagi datang dengan memana version Windows, cuma pada update Windows 10, dia rebranding jadi MICROSOFT EDGE which bg sue, same je IE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.084890 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list